Pagi Sabtu itu Haneul sengaja bangun lambat. Oleh kerana hari cuti jadi dia mahu bermalas - malas di rumah. Dia mengecek telefonnya berharap ada mesej dari Ni-ki.
Ah, lelaki itu benar - benar dingin. Tak tahu cara untuk memujuk.
Tiba - tiba pintu biliknya terkuak. Muncul ibunya yang sudah bercekak pinggang itu. Haneul sudah bersiap sedia untuk di bebel
" Haa, bangun pun anak dara ni. Cepat siap! " arah Puan Kwon. Berkerut dahi Haneul, mereka ada rancang apa - apa ke hari ni?
" Siap pergi mana omma? "
" Kawan kamu datang nak ajak kamu keluar. Pakai cantik - cantik sikit. " pintu bilik terus ditutup dan Haneul masih lagi terpinga - pinga?
Kawan? Siapakah? Jungwon atau Ni-ki?
Tanpa buang masa Haneul terus bersiap. Dia memakai pakaian yang menurutnya sesuai. Selesai bersiap Haneul turun ke bawah.
" Haneul-ah! "
" Sunoo? Macam mana awak tahu rumah saya? " soal Haneul dan Sunoo hanya tersengih. Lelaki yang berada di sebelah Sunoo dipandang.
Lelaki berwajah comel dan tubuh yang sederhana tinggi mengukir senyum nipis.
" Ini Hanbin hyung! "
" Saya Hanbin dan awak lagi cantik bila tengok depan - depan! " ujar Hanbin dengan teruja.
Berkerut dahi Haneul. Apa maksud Hanbin dengan tengok depan - depan? Di mana Hanbin melihat dirinya?
Dan paling penting, siapa yang beritahu alamat rumahnya?

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fiksyen Peminat" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...