Haneul hanya duduk di sofa sambil melihat Taki dan Daniel. Dua budak lelaki itu sedang bertengkar.
Bukan dengan cara yang serius dan topik yang mereka bertengkar ialah topik yang sangat popular.
“ Iron Man lagi hebat! ” ujar Daniel.
“ No! Captain America lebih hebat! ” balas Taki.
“ Hebat apanya? Dia tersangkut dalam masa lalu lepas tu jadi tua! ”
“ Habis tu Iron Man pulak dia mati— ”
“ At least Mr. Stark mati sebab nak selamatkan dunia! ”
“ Captain America— ”
“ Iron Man! ”
Seperti itulah pertengkaran mereka.
Pertengkaran itu berlaku selepas salah seorang bernama Geonu menyoal, 'antara Captain America dan Iron Man siapa yang lebih hebat?'
Haneul mengeluh perlahan.
“ Taki, Daniel! Jangan bergaduh kasihan Haneul tu! ” ujar Seon sambil duduk di sofa yang sama.
“ Tapi hyung— ”
Seon memberi pandangan tajam membuatkan dua lelaki itu segera mendiamkan diri. Tidak berani mahu bersuara lagi.
Haneul melepaskan nafas lega, sekurang - kurangnya ada yang meleraikan dua budak lelaki itu. Dia sudah mati akal mencari cara supaya mereka berhenti.
“ Oh ya, lambat lagi ke Kei hyung dengan Ni-ki? ” soal Jay dan duduk di sebelah Daniel. Dia menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulut.
Nicholas hanya mengangkat bahunya.
“ Tak tahulah— ”
“ Kami dah sampai! ”
Mereka semua menoleh ke arah tangga. Ada Ni-ki dan seorang lagi lelaki mungkin itu ialah Kei serta seorang perempuan.
Siapakah perempuan Itu?
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...