1

2.3K 214 52
                                    

" Hei gemuk, ke tepi lah! " sepasang tangan menolak kasar tubuhnya membuatkan dia jatuh ke atas lantai.

Cermin matanya tertanggal membuatkan dia gelabah. Penglihatannya yang teruk membuatkan dia sukar untuk berjalan.

" Bapak dia kot yang buat jalan ni. Muat untuk anak dia ja—HAHAAHAHAHAHA! " mendengar ayat itu seluruh pelajar di kawasan itu ketawa.

Bahkan ada yang merakam kejadian itu dan tidak seorang pun yang mahu membantu. Gadis itu menggigit bibirnya sambil tangannya kalut mencari cermin matanya.

" Hey, stupid~ cari ini ke? "

" Han Jieun! Pulangkan cermin mata saya. " gadis itu mendongak dan memandang Jieun. Walaupun dia tidak boleh nampak dengan jelas wajah gadis itu.

Tetapi matanya yang kabur itu dapat melihat senyuman sinis dari gadis itu. Di jari telunjuk Jieun ada cermin matanya.

Dia cuba berdiri, " tolong pulangkan. "

" Kasihan aku tengok ni. Nah lah, tak sampai hati pulak aku. " Jieun menghulur cermin matanya itu dan gadis itu mahu mengambilnya tetapi dia dengan sengaja mencampak ke atas lantai.

Gadis itu terkedu, dia mengecilkan mata cuba mencari di manakah cermin matanya. Jieun dan dua orang kawannya hanya ketawa.

" Good luck without your speck, fatty~ "

Tiga gadis itu melangkah pergi meninggalkan gadis yang masih lagi berdiri. Dia cuba menahan air matanya dari mengalir.

Tiada seorang pun yang mahu membantunya.

Bahunya ditepuk lembut membuatkan dia menoleh. Kepalanya pening kerana penglihatannya yang kabur. Tetapi dapat dia lihat senyuman manis lelaki itu.

" Ini cermin mata awak. Saya yang kutip kan tadi. " lelaki itu memegang tangannya dan meletakkan cermin matanya.

Gadis itu segera memakai cermin matanya. Dia bernafas lega kerana tiada sebarang calar. Sudahlah dia baru mengganti cermin mata itu bulan lalu.

" Kamsahamnida! Err, nama awak apa ya? " soal gadis itu.

" Nama saya Yang Jungwon. Panggil ja Jungwon. "

" Nama saya Kwon Haneul. "

+ niki said, hi!

+ niki said, hi!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
𝐅𝐀𝐓 | 니키Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang