Haneul menyuap telur goreng itu ke dalam mulutnya. Sementara Puan Kwon menghidangkan makanan untuk suaminya.
Dua malam lalu Tuan Kwon pulang dari outstation dan Haneul sangat gembira dapat bertemu semula. Hampir empat bulan appanya di luar negara.
" Jumaat ni, kawan saya nak ajak kita makan malam. "
" Makan malam? Bila tu? "
" Tak pasti lagi tapi dia cadangkan dulu. Kalau awak setuju boleh ja. "
" Saya tak kisah. Kalau awak nak kita pergi. "
Begitulah perbualan orang tuanya dan Haneul? Dia tidak mahu masuk campur. Siapa pun kawan appanya pasti orang itu baik.
Haneul akhirnya selesai makan, " Haneul pergi sekolah dulu! "
Pipi orang tuanya di cium lalu dia melangkah ke pintu. Sebaik sahaja dia keluar sudah ada Ni-ki yang bersandar di pintu pagar.
Lelaki itu melambaikan tangan ke arah Haneul sambil senyum manis.
" Lebarnya senyum! Mesti nampak awek cantikkan? "
" Haah dan nama dia Kwon Haneul. "
Cheesy! Ya, sejak dua hari lalu Ni-ki menjadi semakin berani memberi ayat - ayat membuat jantung Haneul menjadi tidak normal.
Dan Haneul? Dia hanya mampu menunduk dan menyembunyikan wajah merahnya itu.
" Jom, nanti kita lambat. " ajak Ni-ki dan Haneul mengangguk.
Tangan dihulurkan dan Haneul langsung menautkan tangan mereka berdua.
-
" Kan saya dah cakap dengan awak. Anak kita dah ada kekasih! "
" Hmm, saya nampak. Dan saya nak jumpa dia nanti. "
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfic" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...