" Kenapa tangan dia tak patah? Tunggu lah, aku akan balas dendam. " ujarnya ketika melihat Haneul.
-
Tamat sahaja waktu sekolah Haneul segera pergi ke bilik tarian seperti yang disuruh. Ini bukan kali pertama dia di situ tetapi dia berasa kekok.
Kerana orang sepertinya berada di tempat begitu. Sangat tidak layak.
Dia bersandar di dinding sambil menunggu Ni-ki kerana kelas Ni-ki tamat sedikit lewat. Bukan Haneul menghendap tetapi dia mendengar dari peminat Ni-ki.
Nama lelaki itu tidak lagi asing di sekolah.
" Hei, lama ke kau tunggu? " sapa Ni-ki yang baru tiba.
Haneul hanya menggeleng dan Ni-ki terus mengajak Haneul masuk ke dalam bilik tarian itu. Dia menekan suis lampu dan meletakkan beg di sofa.
" Wah, luasnya bilik ni. " ujar Haneul yang masih lagi kagum dengan bilik itu.
" Biasa ja. Oh ya, dia aku nak bincang sesuatu dengan kau. "
Haneul terus menoleh ke arah Ni-ki dan lelaki itu mengajak dia duduk di atas lantai. Dia tidak tahu apa yang Ni-ki mahu bincangkan.
Hubungan mereka bukan seperti pasangan kekasih yang lain. Ni-ki kata seperti itu hanya untuk membantu dirinya sahaja. Haneul tidak berharap.
" Tentang kita. Aku nak minta tolong kau. Jangan risau ini win-win situation. Kau dan aku sama - sama dapat faedah. " tambah Ni-ki.
Berkerut dahi Haneul, " maksud awak macam friends with benefit? "
Ni-ki mengangguk laju selepas mendengar jawapan Haneul. Itulah yang dia mahu katakan tetapi dia tidak tahu.
Dia tidak tahu adakah ini kebetulan atau tidak. Tetapi situasi ini benar - benar memahami masalah dirinya sekarang ini.
" Jadi, apa yang saya perlu buat? "
" Jadi kekasih aku sampai kita habis peperiksaan. " lidah Haneul kelu. Kekasih Ni-ki sehingga tamat peperiksaan?
Itu lebih kurang beberapa bulan dari sekarang. Mengapa Ni-ki meminta tolong Haneul dan bukan gadis lain? Yang lebih cantik.
" Apa faedah saya? Saya tak buat kerja sia - sia. " ujar Haneul sambil berpeluk tubuh.
Ni-ki senyum nipis, dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Haneul. Gadis itu kaku di posisinya ketika matanya bertemu mata Ni-ki.
" You'll see. "
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...