4

1K 169 54
                                    

Haneul menutup pintu lokernya dan segera ke kelas tetapi lengannya ditarik oleh seseorang. Tiba - tiba sahaja tubuhnya berada di atas lantai.

Dia mendongak memandang gerangan yang menarik lengannya itu. Han Jieun dan dua orang kawannya iaitu Yoon Hana dan Go Dasom.

Tiga gadis itu memandangnya tajam.

" Tak sangka, budak gemuk dan hodoh macam kau ni pun ada yang kawan kan? " ujar Dasom sambil menahan geram.

" Yang Jungwon pulak tu? Dia crush aku tahu tak? " kali ini Hana pula yang bersuara dan jarinya menunjal kepala Haneul kuat.

Tiga gadis itu ketawa melihat Haneul yang hanya berdiam diri. Gadis itu sudah tahu perkara seperti ini akan terjadi.

Jadi dia sudah bersedia.

Jieun mendekati Haneul dan dagu gadis itu dipegang. Haneul cuba untuk tidak memandang ke dalam mata Jieun.

" Kau makan satu meja dengan Ni-ki—dasar jalang! " pipi Haneul ditampar dengan kuat sehingga meninggalkan kesan merah.

Kemudian Hana dan Dasom memegang lengan Haneul supaya gadis itu dapat berdiri. Haneul mulai takut.

" Ji-jieun... ap-apa yang a-awak nak buat ni? " soal Haneul.

Jieun berpeluk tubuh sambil ketawa sinis. Rasa geram benar - benar memuncak di hatinya. Siapa sahaja yang tidak cemburu?

Nishimura Riki makan semeja bersama seorang gadis. Untuk kali pertama!

" Kau patut sedar diri! Dasar— "

PANGG!

Sekali lagi pipi Haneul ditampar tetapi dua kali lebih kuat. Haneul hanya mampu menahan kesakitan sahaja.

Entah mengapa waktu itu juga semua pelajar berada di dalam kelas. Tiada yang dapat membantunya.

" Loser! "

Tubuh Haneul ditolak kasar ke loker sebelum tiga gadis itu masuk ke dalam kelas. Meninggalkan Haneul yang sudah lambat ke kelas di situ.

+ lupa nak cakap kalau tak selesa dengan hal - hal buli tolong skip ya?

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now