“ Aku tak kisah bentuk fizikal kau. Apa yang aku nak ialah kau jangan jauhkan diri dari aku. Aku tak suka macam tu, Kwon Haneul. ”
—
Pasangan kekasih itu berjalan pulang sambil menautkan tangan mereka. Kedua - dua hanya mendiamkan diri.
Earphone yang memutarkan lagu 20cm amat sesuai dengan suasana senja itu. Haneul masih lagi memikirkan ayat Ni-ki.
Lelaki itu berjaya membuatkan hatinya gundah gulana.
Tiba sahaja di hadapan pintu pagar rumah Haneul mereka menghadap antara satu lama lain.
“ Haneul-ah, tolong jangan abaikan aku lagi. ” ujar Ni-ki sambil ibu jarinya mengusap tangan Haneul dengan lembut.
“ Ya, saya tak abaikan awak. ”
Selepas itu tiada apa yang keluar dari bibir mereka. Hanya mata yang berbicara antara satu sama lain. Suasana senja menghangat hati mereka.
Selang beberapa minit Haneul yang mengalihkan pandangannya terlebih dahulu. Dia malu ditatap oleh Ni-ki.
“ Saya masuk dalam dulu. Awak hati - hati ya? ”
Ni-ki mengangguk dan melepas paksa tangan Haneul.
Kehangatan perlahan - lahan hilang membuatkan dia tanpa sedar mendekati Haneul dan menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukannya.
Haneul terkedu apabila Ni-ki menyembunyikan wajah di ceruk lehernya. Pelukan Ni-ki semakin erat.
“ I'm gonna miss you, Haneul. ” bisik Ni-ki lembut.
“ Me too. ”

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfic" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...