Haneul duduk di meja tetapi dia tidak menyentuh makanannya. Sudah 10 minit berlalu tetapi Ni-ki dan Jungwon tidak muncul - muncul.
“ Makan Haneul. Ni-ki dengan Jungwon lambat sikit. ” ujar Sunoo yang berada di hadapannya itu.
“ Sa-saya nak makan lah ni. ” balas Haneul.
Dia menyuap sesudu nasi goreng sambil memandang ke kiri dan kanan. Masih tiada tanda yang Ni-ki akan muncul. Haneul menghela nafas.
Tidak lama kemudian Ni-ki dan Jungwon muncul. Mereka mengambil makanan dan duduk di meja. Ni-ki duduk di sebelah Haneul.
“ Maaf kami lambat. ” ujar Jungwon. Mereka yang lain hanya angguk dan sambung makan.
“ Tadi Kei hyung dengan Heeseung hyung jumpa. Dia cakap Sabtu ni ada gathering. ” tambah Ni-ki dan rakannya yang lain mulai kecoh.
Mereka menyoal tentang lelaki bernama Kei dan Heeseung itu. Mengabaikan satu - satunya gadis yang berada di meja itu.
Sementara Haneul hanya mendiamkan diri. Dia tidak menoleh ke sebelahnya. Haneul geram dan risau bersamaan. Tidak tahu mengapa dia berasa seperti itu.
Haneul menghela nafas berat.
“ Kenapa muka noona macam tu? ” soal Daniel. Dari tadi dia sedar akan tingkah Haneul namun didiamkan sahaja.
“ Kenapa awak diam ja Haneul? ” soal Taki.
“ Awak kekok lagi ke? ” soal Sunoo pula.
“ Ke awak tak sihat? ” tambah Jungwon.
Haneul menggeleng perlahan. Dia tidak mahu membuat kecoh sekarang ini. Terutama sekali di hadapan Ni-ki.
“ Atau noona ri— ”
“ Tak bukan macam tu. Noona ok ja Daniel—ermm saya dah kenyang. ” Haneul terus berdiri bersama dulang.
Dia sudah tiada mood mahu makan. Dia cuma mahu bersendirian sehingga hatinya tenang.
Tinggallah lima lelaki di meja itu. Ni-ki masih lagi memandang pintu keluar yang dilalui Haneul tadi. Adakah gadis itu marah padanya?
“ Kenyang? Dia baru makan satu sudu. ” kata - kata Sunoo mengejutkan Ni-ki.
Dia yakin, Haneul marah pada dirinya.
![]()
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain. + today is en-connect day HAHAHAHAHAHAHA IM GOOD RN 〒_〒

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...