Haneul melepaskan tangannya dari pegangan Ni-ki. Dia mahu masuk ke dalam rumah segera. Dia tidak punya mood untuk bercakap.
Dia masih belum bersedia untuk bercakap.
“ Haneul tunggu! ” lengannya ditahan Ni-ki.
“ Awak nak apa? ”
Ni-ki senyum kelat sambil menautkan tangan mereka berdua. Dia menarik Haneul supaya mendekat.
“ Apa yang Heeseung hyung cakap? Dia bawa kau pergi mana? ”
“ Kenapa? Penting ke? ” balas Haneul dingin.
Dia tidak mahu memandang Ni-ki sekarang. Yalah, siapa sahaja yang tidak kecil hati? Ni-ki yang menyuruh Sunoo dan Hanbin bawa Haneul.
Tetapi Ni-ki malah leka bersama Mai. Sedikit pun tidak berfikir untuk menegur Haneul.
Ni-ki mengeratkan lagi tautan tangan mereka dan dia memegang dagu Haneul. Wajah masam gadis itu membuatkan Ni-ki mahu ketawa tetapi ditahan.
“ Pentinglah, aku kan boyfriend kau. ”
“ Cis, awak kena ingat ini semua sementara ja Ni-ki. Apa yang Heeseung cakap tak penting pun untuk awak tahu. ” balas Haneul.
Heeseung tidak bercakap apa - apa tentang Ni-ki dan Mai. Lelaki itu malah cuba menggembirakan hatinya.
Ni-ki mengetap bibir kuat. Inilah sebab dia tidak suka jika Haneul bergaul dengan Heeseung. Dia akan mengikut cakap lelaki itu.
Seperti yang terjadi pada Han Jieun.
“ Baiklah. Pergilah masuk dalam dan rehat. ”
Ni-ki berasa sesikit kecewa. Bukan pada Haneul tetapi dirinya sendiri.
Dia berharap yang sejarah tidak berulang.

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...