15

794 152 7
                                    

Haneul dan Heeseung seronok berbual tentang kehidupan kolejnya bersama dengan Sunghoon. Manakala Ni-ki hanya duduk di sisi Haneul.

Tiada satu patah perkataan pun kedengaran dari mulutnya. Ni-ki tanpa sedar mencebik apabila melihat Haneul ketawa.

" Oi Riki! Kenapa senyap? " soal Mai sambil menepuk bahu Ni-ki.

Suara Mai berjaya menarik perhatian Haneul. Dia memandang Ni-ki dan Mai. Ni-ki hanya senyum nipis dan meneguk sedikit minumannya.

" So not Nishimura Riki. Senyumlah sikit! " tambah Mai sambil mengukir senyuman manis untuk Ni-ki. Haneul hanya mendiamkan diri, tidak memberi reaksi.

Dia rasakan sesuatu di hatinya. Melihat Ni-ki ketawa kecil kerana senyuman Mai membuatkan dia cemburu.

Ya, Haneul rasa cemburu.

Lalu Ni-ki bangun, " aku nak pergi main game. "

" Nak ikut! "

Haneul kembali menghadap mangkuk mi segera yang sudah kosong itu. Dia menghela nafas, apa motif Sunoo dan Hanbin bawa dia ke sini?

Heeseung dan Sunghoon memandang Haneul bersama senyuman nipis. Mereka sudah tahu betapa rapatnya Ni-ki dan Mai. Mereka berkawan sejak kecil.

" Jangan sedih Haneul-ah. "

" Hmm, baiklah. "

-

Pintu bilik itu diketuk kemudian muncul Jake. Dua rakan itu tidak mengendahkan kehadiran Jake itu kerana terlalu fokus pada permainan.

Beberapa minit kemudian Ni-ki kalah dan Mai bersorak kegembiraan. Mai keluar untuk mengambil makanan.

Ni-ki akhirnya menyedari kehadiran Jake.

" Hyung? Nak apa? "

" Nak main game lah. " balas Jake.

Dia duduk dan mengambil alat kawalan dan mula mencari permainan yang dia mahu. Jake teringat sesuatu.

" Oh ya, Haneul dah balik. "

" Huh? Bila dia balik? Siapa yang hantar dia? "

Ni-ki memegang bahu Jake dan menanti jawapan dari lelaki itu. Dapat dia lihat Jake memberi senyuman sinis.

" Hyung? "

" Lebih kurang 10 minit yang lepas. Heeseung hyung yang hantar dia. "

Mendengar nama Heeseung membuatkan Ni-ki terus bangun. Dia tidak mahu sejarah berulang semula.

Tidak pada Haneul.

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now