29

717 143 16
                                    

Hubungan mereka berdua semakin membaik dan semakin erat. Banyak perubahan yang berlaku pada mereka.

Sebagai contoh, Haneul sering bersenam dan bijak mengurus tubuhnya. Manakala Ni-ki sudah sedikit terbuka dengan orang lain.

Kini mereka berdua sedang berjanji temu di kafe.

" Apa yang awak nak cakap? Tadi beria ajak. " soal Haneul sambil menyuap sepotong kek ke dalam mulut.

" Saya nak cakap tentang Jieun. Awak boleh dengar? " kunyahan Haneul terhenti. Dia memandang tepat ke dalam mata Ni-ki.

Ni-ki segera memegang tangan Haneul. Dia tidak mahu berahsia dengan Haneul. Lambat laun gadis itu akan tahu juga.

" Sayang dengar dulu, please? "

" Fine. "

Ni-ki melepaskan nafas lega. Dia segera bercerita kepada Haneul tentang kisah lamanya. Sepanjang dia bercerita tangannya sentiasa memegang tangan Haneul.

Dia tidak mahu gadis itu merajuk.

" Jadi dia buli saya sebab dia tahu yang awak suka saya? Dia buat macam tu supaya awak beri perhatian pada dia semula? "

Ni-ki mengangguk berkali - kali.

" Kalau awak suka saya habis tu gadis pemalu? "

Ni-ki langsung ketawa mendengar soalan itu. Benar kata Heeseung, gadis itu benar - benar polos.

" Kalau nak tahu awaklah gadis pemalu tu. Awak, Kwon Haneul, dan sayang saya. "

Haneul kaku, gadis pemalu ialah dirinya sendiri? Jadi selama ini puas dia berfikir tetapi tidak mendapat jawapan.

" Kenapa tak cakap awal - awal, huh? Saya cemburu tahu tak? "

" Tak seronok lah kalau macam tu. Kan, gadis pemalu. "

" Seronok sangat! "

+ next chap last!

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now