19

787 148 5
                                    

Memandangkan sedang hari minggu Haneul bermalas - malas di rumah. Dia hanya membersihkan rumah dan menonton televisyen.

Ketika Haneul sedang menonton drama loceng rumah diketuk. Puan Kwon menyuruh Haneul membukakan pintu.

“ Awak buat apa dekat sini? ” soal Haneul ketika melihat wajah itu.

Ni-ki hanya senyum, “ nak ajak kau keluar. ”

Haneul mengetap bibir. Dia masih lagi tidak mahu bertemu dengan Ni-ki. Mengapa lelaki itu datang rumahnya?

“ Saya malas. ”

“ Haneul, please. Ada benda yang aku nak cakap. ” ujar Ni-ki lagi.

Tangan Haneul cuba digapai tetapi gadis itu pantas menepis tangan Ni-ki. Tetapi Ni-ki dengan pantas menautkan tangan mereka.

“ Haneul— ”

“ Kalau tentang semalam saya tak kisah. Dah awak baliklah Ni-ki, kalau saya nak cakap nanti saya cari awak. ” Haneul memberi kata putus dan terus menutup pintu.

Tinggal Ni-ki yang terpinga - pinga dengan reaksi Haneul itu. Dia mahu mengajak Haneul ke Sungai Han kerana dia terdengar perbualan Haneul dan Heeseung.

Malah hari ini Heeseung yang menyuruh dia bertemu dengan Haneul.

“ Aku tunggu. Kau pasti akan cari aku. ”

Hari Isnin tiba. Haneul pergi ke sekolah awal kerana tidak mahu bertembung dengan Ni-ki dan kawan - kawannya.

Nasibnya baik hari ini dia tiada kelas yang sama dengan lima lelaki itu. Tetapi itu tak bermakna Ni-ki tidak mencarinya.

“ Kau rasa kenapa dia macam tu? ” soal Ni-ki.

Jungwon dan Taki hanya mengangkat bahu. Sementara Sunoo dan Daniel menikmati makanan mereka.

Ni-ki meraup wajahnya. Jungwon menghela nafas, sejak semalam Ni-ki termenung memikirkan salahnya.

“ Kau tak rasa ke dia cemburu? ” soal Jungwon.

“ Cemburu? ”

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now