24

736 136 16
                                    

Malam ini keluarga Haneul akan keluar untuk makan malam. Kawan appanya mengajak mereka makan di restoran.

Haneul memakai sehelai gaun berwarna beige dan converse high berwarna putih. Mereka sekeluarga tiba di restoran dan langsung dibawa ke meja.

“ Konon, sekejap lagi papa sampai. Duduk! ”

Ane, duduklah! ”

Suara itu. Haneul sangat kenal dengan suara itu. Dia langsung meninjau dari bahu Puan Kwon. Ternyata benar sangkaannya.

Suara itu milik Nishimura Riki. Jika Ni-ki di sini itu bermakna kawan appanya ialah papa Ni-ki? Adakah ini sebuah takdir?

“ Jinhyuk! Sampai pun! Jemput duduk! ” ujar Tuan Nishimura.

Dua lelaki itu berpelukan dan Puan Kwon berjabat tangan dengan Puan Nishimura. Ni-ki yang masih lagi duduk itu hanya memandang Haneul.

Bibirnya menahan dari tersenyum lebar.

“ Ini pasti Haneul! Cantik, macam omma dia. ” puji Puan Nishimura membuatkan Haneul menunduk malu.

Manakala Ni-ki cuba menahan dari tersenyum.

“ Oh ya, ini anak makcik Konon dan Riki. ”

Konon memberikan senyuman mesra untuk Haneul manakala Ni-ki hanya bersandar dan senyum nipis.

+ note

ane (kakak / panggilan dalam ahli keluarga)

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now