Ni-ki melentokkan kepalanya di bahu Haneul. Dia mengunyah roti yang dibelinya tadi. Haneul pula hanya membiarkan sahaja.
Sifat lelaki itu bertukar dari lelaki cool kepada lelaki manja begitu sahaja. Membuat rakan - rakannya pelik.
“ Patut ke aku booking bilik hotel? ” soal Sunoo.
“ Tak, letak dalam kepompong. Kan sehati sejiwa tu. ” balas Taki membuatkan Daniel ketawa mendengar jawapannya itu.
Mereka berempat memandang pasangan kekasih itu semula. Jungwon mencebik, sudahlah dia duduk betul - betul di hadapan Ni-ki dan Haneul.
Tidakkah seksa dirinya yang single itu?
“ Aku rasa Ni-ki dah tak betul. Tiba - tiba manja. ” ujar Taki lagi.
“ Amortentia! ” ujar Daniel dan semua memandangnya. Berkerut dahi tiga orang rakannya itu.
“ Amor—apa? ” soal Jungwon pelik. Berbelit - belit lidahnya mahu menyebut. Entah apa bahasa pun dia tak tahu.
“ Amortentia. Sejenis love potion. ”
“ Lebih kurang macam minyak pengasih lah ni? ” Taki mengangguk tanda faham.
Sunoo ketawa mendengar perkataan 'minyak pengasih'. Tidak pula dia tahu di Korea ada minyak pengasih.
“ Tapi macam mana kalau betul? ” soal Daniel membuatkan mereka serentak diam. Ni-ki mengangkat kepalanya dari bahu Haneul.
“ Ehem, aku dengan Haneul tak pekak lagi ya? ” ujar Ni-ki selamba.
“ Oopsie~ ”
+ crackhead aku datang so ini la hasilnya

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐀𝐓 | 니키
ספרות חובבים" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...