27

731 138 16
                                    

Pagi itu, Haneul bangun awal dan bersiap awal untuk ke sekolah. Appanya sudah duduk di meja makan sambil membaca surat khabar.

" Selamat pagi, omma appa! "

" Selamat pagi. " balas suami isteri itu dengan serentak.

Haneul menyuap bijirin ke dalam mulut. Dia tidak sabar untuk ke sekolah. Selepas pulang dari makan malam tingkah Ni-ki semakin menjadi - jadi.

Panggilan 'sayang' bertalu - talu muncul di skrin telefonnya. Membuatkan Haneul tersenyum lebar.

" Haneul, appa nak cakap sesuatu ni. "

" Apa dia appa? Appa nak outstation lagi ke? "

Tuan Kwon ketawa melihat reaksi anaknya itu. Sangat polos. Kepala Haneul diusap lembut sebelum dia bersuara.

" Bukan tentang tu— "

" —tentang kekasih kamu, Riki. Appa nak jumpa dia. "

-

" Sayang, good morning. " sapa Ni-ki.

Bahu Haneul dipeluk dan bibirnya mencium pipi Haneul. Gadis itu terkejut dengan tingkah Ni-ki. Nasib baik tidak ramai pelajar di situ.

" Ni-ki! Jangan macam tu! Ada orang pandang. "

" Biarlah. Awakkan ojo saya. "

Berkerut dahi Haneul. Ojo? Apa pula tu?

Agak susah bercinta dengan orang negara jiran dan Ni-ki memanggilnya menggunakan bahasa ibunda pula.

" Apa pun maksud dia itu tolak tepi. Awak ermm macam mana nak cakap eh? "

" Apa dia? "

" Ermm, appa nak jumpa awak. "

+ ready for spicy moment?

ojo (puteri)

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now