" Kau jangan dekat dengan aku dan Haneul! Kalau aku tahu kau sentuh Haneul lagi, memang kena kau! " ujar Ni-ki kasar
Tanpa mempedulikan pelajar lain Ni-ki menarik tangan Haneul menjauh dan mengabaikan bisikan yang masih kedengaran. Ni-ki geram.
Haneul yang masih terkesima itu hanya memandang bahu Ni-ki lalu turun ke tangannya. Untuk seketika, Haneul lupa akan rasa sakit di tangan kirinya.
" Ni-ki? Kita nak pergi mana ni? "
" Ni-ki? Perlahan sikit boleh tak? "
" Awak tangan saya sakit! "
" Nishimura Riki! "
Haneul menarik tangannya dari pegangan lelaki itu. Ni-ki menoleh dan melihat Haneul yang sedang mengusap tangannya. Kini kedua - dua tangan Haneul sudah merah.
Gadis itu mendongak memandang Ni-ki tajam.
" Saya nak masuk kelas. "
" Nope! "
Haneul mahu melangkah tetapi Ni-ki lebih pantas dengan menarik tangannya. Kali ini Ni-ki memegang tangannya lembut tidak seperti tadi.
Dia membawa Haneul ke klinik sekolah. Dia menyuruh Haneul duduk di katil sementara dia mencari kain dan ais.
Ni-ki tiba bersama sehelai kain yang membalut beberapa ketul ais. Tangannya dihulur ke arah Haneul.
" Meh tangan kau tu. Biar aku tuam. "
" Eh, tak apa. Biar saya bu— "
" Jangan degil Kwon Haneul. Tangan kau. " potong Ni-ki dengan nada tegas.
Mahu tidak mahu Haneul menyambut huluran tangan Ni-ki dan lelaki itu mula menuam tangan kirinya.
Haneul menggigit bibirnya ketika Ni-ki meniup tangannya. Jantungnya berdegup kencang membayangkan Ni-ki mencium tangannya.
" Awak pernah buat semua ni ke? "
" Boleh dikatakan ya, sebab ada jugak sesekali budak dance salah langkah. Kaki dia bengkak dan lebam. " balas Ni-ki sambil sibuk menuam.
Haneul mengangguk perlahan, rasa panas dan sakit mulai berkurangan. Ni-ki bangun untuk membasuh kain itu dan muncul bersama kain pembalut.
Dia membalut tangan kiri Haneul.
" Ingat, selang dua hari ganti pembalut. Kalau bengkak jumpa doktor. Arra? " soal Ni-ki dan Haneul mengangguk laju.
Sudah seperti seorang bapa memarahi anaknya yang bermain - main di sekolah sahaja.
Ni-ki senyum nipis, automatik tangannya mengusap kepala Haneul. Pipi gadis itu memerah dengan tindakannya itu.
" Ni-ki—soal tadi? "
" Oh tu, petang ni jumpa aku dekat bilik tarian. "
+ MOMMA HELP MEHHH 👀
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...