3

986 160 24
                                    

“ Ni-ki! Sampai pun kau! ” ujar Jungwon. Dia menepuk tempat kosong yang berada di sebelahnya.

Ni-ki tanpa banyak kata terus duduk di sebelah Jungwon dan memandang gadis yang duduk depannya itu. Haneul senyum nipis dan menunduk perlahan.

Sewaktu makan dapat Haneul rasakan ada yang memandangnya. Siapa lagi kalau bukan Ni-ki? Wajah dingin itu membuatkan dia terus menunduk.

“ Noona! Kenapa senyap ja? Kami bising eh? ” soal Daniel ketika sedar akan tingkah Haneul. Dari tadi lagi dia perasan akan itu.

“ Ani, noona tak tahu bual apa. ” balas Haneul ringkas.

Itu benar. Dia tidak tahu bagaimana mahu berkomunikasi dengan orang lain. Terutama sekali dengan lelaki.

Ini kali pertama dia rehat dengan pelajar lelaki dan Haneul tahu apa yang akan menimpa dirinya. Haneul sudah sedia sejak Jungwon memanggilnya.

“ Ey, lepas ni awak akan biasa la tu. ” tambah Sunoo bersama senyuman manisnya. Haneul hanya mengangguk.

Taki dan Jungwon memandang ke arah Ni-ki yang mendiamkan diri itu. Dia hanya mengunyah makanan sambil bermain telefon.

Jungwon senyum mengejek, “ tengok crush ke? ”

Mendengar ayat itu membuatkan Ni-ki segera menyimpan telefonnya. Pipinya memerah dan dia segera menyuap lebih banyak kimbab.

Rakan - rakannya hanya ketawa melihat tingkah Ni-ki itu.

“ Oi, sheep sheep! Kau diam! ” balas Ni-ki.

Haneul memandang Ni-ki. Dia tidak terkejut jika Ni-ki ada menyukai seseorang. Tetapi entah mengapa dia berasa cemburu.


+ haneul, sunoo, jungwon, ni-ki & taki - senior
daniel - sophomore

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now