Special Chapter

899 139 9
                                    

Namsan Tower

“ Ni-ki, saya takut! ”

“ Sayang, i'm here. Pegang tangan saya. ”

Haneul menggeleng berkali - kali kerana dia sangat takut. Macam mana dia tidak takut? Ni-ki mengajak dia ke Namsan Tower.

Dan paling teruk ialah, Haneul takut tinggi.

“ Awak— ”

“ Shh, saya takkan lepaskan awak. ” ujar Ni-ki bersama senyuman nipisnya.

Haneul perlahan menyambut huluran Ni-ki itu. Dia segera memejamkan mata. Tidak berani untuk melihat sekeliling.

Ni-ki memeluk tubuh Haneul dari belakang dan mendaratkan dagu di bahu Haneul. Pelukan hangat dari Ni-ki membuatkan Haneul sedikit tenang.

“ Sayang, awak patut tengok. Bila - bila masa salji akan turun. ” bisik Ni-ki lembut membuatkan jantung Haneul berdegup kencang.

Sudah hampir 2 tahun dia menjadi kekasih Ni-ki dan lelaki itu masih mampu membuat dia rasa begitu.

Haneul malah makin sayang pada Ni-ki.

“ Ta-tapi saya takut! Awak takkan lepaskan saya kan? ”

“ Tak, saya takkan lepaskan awak. Now open your eyes and enjoy the scenery. Okay? ” Haneul mengangguk dan perlahan membuka matanya.

Tangannya menggigil tetapi Ni-ki menggenggam erat. Menenangkan dirinya.

Pada waktu itu tepat setitik salji jatuh tepat di hidung Haneul. Bibirnya tersenyum lebar saat rasa dingin di hidungnya.

“ Awak! Salji dah turun! ”

“ Hmm, sayang awak pernah dengar tak? Kalau awak tengok salji dengan orang yang awak sayang, hubungan tu akan kekal? ”

“ Tak pernah. Apa yang saya pernah dengar doa kita akan termakbul waktu salji pertama turun. ”

“ Jadi, mari kita berdoa. ” balas Ni-ki dan Haneul hanya mengangguk.

Mereka memejamkan mata, berdoa saat salji pertama turun. Agak tidak masuk akal tetapi mereka benar - benar berharap doa itu termakbul.

“ Awal doa apa? ” soal Haneul.

“ Rahsia. ” Ni-ki mengenyit mata dan Haneul ketawa kecil.

Ni-ki menghapuskan jarak mereka dan memagut lembut bibir Haneul. Kedinginan musim dingin itu diganti dengan kehangatan ciuman ringkas itu.

“ Jangan pisahkan kami berdua. Aku mahukan habis waktu sepanjang hidup dengan Ni-ki. Oh Tuhan, aku harap kau dengar. ” — Kwon Haneul

“ Aku sentiasa berharap yang aku akan sentiasa mampu melindungi dan menyayangi dia. Aku berharap perasaan ini tidak berubah. ” — Nishimura Riki

𝐅𝐀𝐓 | 니키Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang