“ Haneul! Kwon Haneul tunggu! ”
Jeritan Ni-ki yang kuat itu membuatkan semua orang memandang ke arah Haneul. Dia menanggalkan earphone lalu menoleh.
“ Ni-ki? ”
Ni-ki mendekatinya dan terus menarik tangannya. Tidak sempat Haneul mahu melarikan diri dari Ni-ki lelaki itu sudah muncul.
—
“ Kita buat apa dekat sini? ” soal Haneul sebaik sahaja mereka turun dari bas.
Pemandangan Sungai Han itu membuatkan rasa lelah hilang. Bibir Haneul tersenyum lebar begitu juga Ni-ki.
Dia menautkan tangan mereka lalu menarik tangan Haneul. Gadis itu hanya mengikut dan akhirnya mereka berhenti di sepohon pokok.
“ Jom duduk! ”
“ Lagi sekali saya tanya, kita buat apa dekat sini Ni-ki? ” soal Haneul lagi.
Ni-ki hanya mengangkat bahu lalu baring di rumput hijau itu. Dia jadikan beg sebagai bantal dan memejamkan mata.
Haneul berdecit kesal.
“ Kalau nak tidur jangan dekat sini. Kotor tahu tak tanah ni? ” ujar Haneul dengan penuh kesal.
Tetapi tiada balasan dari Ni-ki membuatkan dia mencebik. Adakah Ni-ki akan terus mengabaikan dirinya?
Jika ya, Haneul mahu meninggalkan Ni-ki di situ.
“ Dah la, saya nak balik! ”
Tiba - tiba lengannya ditarik dan tubuh jatuh di atas tubuh Ni-ki. Jantung Haneul berdegup kencang ketika nafas Ni-ki menyapa wajahnya.
Sepasang lengan merangkul erat pinggangnya membuatkan pipinya bertukar merah. Ni-ki sedang memeluknya?
“ Aw-awak.. lepaslah ada orang. ”
“ Awak.. saya malulah. ”
“ Ni-ki badan saya berat lah. Lepaskan saya. ”
Automatik Ni-ki membuka matanya. Mata redup itu memandang ke dalam mata Haneul.
“ Siapa kata kau berat? ” soal Ni-ki. Haneul menunduk dan menggigit bibirnya, takut dimarahi oleh Ni-ki.
Dagunya dipegang lalu pipinya diusap.
“ Aku tak kisah bentuk fizikal kau. Apa yang aku nak ialah kau jangan jauhkan diri dari aku. Aku tak suka macam tu, Kwon Haneul. ”

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐅𝐀𝐓 | 니키
أدب الهواة" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...