26

749 140 27
                                    

" Haneul nak pergi tandas. "

" Riki pun! " Ni-ki terus bangun dan melalui jalan yang Haneul lalui.

Dua pasangan suami isteri itu dan Konon hanya melihat sahaja.

" Nampaknya kita dah jumpa bakal besan! "

-

" Haneul-ah, tunggu dulu! "

Lengan Haneul dipegang oleh Ni-ki membuatkan langkahnya terhenti. Ni-ki berdiri menghadap Haneul.

Jari - jemarinya memegang wajah Haneul supaya gadis itu memandangnya. Wajah masam milik Haneul menunjukkan gadis itu cemburu.

" Cemburu ke? Hmm? "

" Apa yang awak merapu ni? Saya nak pergi tandas. " balas Haneul sambil memandang ke tempat lain.

Mana mungkin dia mahu mengaku? Ni-ki pasti akan mengejeknya dan cuba membuat dia cemburu lagi.

" Mana ada merapu? Betullah, cemburu kan? " soal Ni-ki lagi.

" Kalau saya cemburu pun awak peduli apa? Bukan ke awak dah ada 'gadis pemalu' yang awak suka? Pergilah dekat dia! "

Tangan Ni-ki ditolak dan Haneul mahu melangkah pergi tetapi Ni-ki dengan pantas menghalang jalannya.

" Sayang jangan macam ni. Saya minta maaf, hmm? "

Berkerut dahi Haneul mendengar perkataan 'sayang' dan 'saya'. Apa yang tidak kena dengan kekasihnya malam ini?

" Sayang? Saya? Awak kenapa ni? "

" Salah ke panggil sayang? Oh ya, memandangkan orang tua kita dah kenal saya nak ubah cara kita bercakap. Ok, sayang? "

Tidak normal.
Degupan jantung Haneul tidak normal. Panggilan sayang dari Ni-ki membuatkan dia lupa tentang 'gadis pemalu' tadi.

𝐅𝐀𝐓 | 니키Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang