25

751 139 8
                                    

" Riki ajak lah Haneul jalan - jalan. Mana tahu boleh rapat? " ujar Puan Nishimura membuatkan dua orang itu saling memandang.

Haneul batuk kecil sambil menelan potongan daging ke dalam mulut. Dia pasti Ni-ki sedang ketawa di dalam hatinya.

" Baik mama. " balas Ni-ki santai dan senyum ke arah Haneul.

Tuan Kwon yang dari tadi hanya memerhati. Pada awalnya dia berfikir budak lelaki hanya iras - iras ternyata Ni-ki lah yang dia nampak tempoh hari.

" Anak makcik ni pemalu. Harap Riki tak kekok. " tambah Puan sambil menepuk bahu Haneul lembut.

" Tak apa, saya suka orang pemalu. Macam Haneul. " balas Ni-ki selamba.

Oh, Haneul terasa seperti mahu merendam mukanya ke dalam baldi air. Wajahnya sudah panas dan dia hanya mampu menunduk.

" Bukan ke budak yang kau suka tu pun pemalu? " sampuk Konon.

" Ane, diam - diam dahlah. " balas Ni-ki sambil menolak siku Konon.

Konon hanya membuat muka tidak bersalah dan sambung makan. Ni-ki memandang ke arah Haneul dan gadis itu mengelak darinya.

Ah, mahu sahaja Ni-ki mengetuk kepala kakaknya.

𝐅𝐀𝐓 | 니키Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang