9

889 162 9
                                    

Satu minggu berlalu.

Sepanjang seminggu itu hidup Haneul aman kerana tidak diganggu oleh Jieun, Dasom dan Hana. Bahkan ada juga menyoal tentang tangannya.

Dia tidak biasa dengan perhatian yang diberikan itu. Dia sudah terbiasa seorang diri. Kini ianya sedikit berbeza.

“ Tangan kau dah ok? ” soal Ni-ki sambil bersandar di loker. Dia hanya memerhati tangan Haneul. Lebam masih ada.

“ Dah baik sikit. Gumawo. ” balas Haneul bersama senyuman kecil.

Selain pelajar lain Haneul juga tidak biasa dengan Ni-ki. Mereka berdua tidak rapat lalu tiba - tiba sahaja lelaki itu mengaku dia sebagai kekasih.

Walaupun Ni-ki sudah meminta untuk menjadi kekasihnya, Haneul tetap kekok.

Ada masa lelaki itu perhatian kepadanya. Ada masa dingin seperti ais batu. Sampaikan Haneul hanya mampu berdiam diri dan bersuara bila dia perlu.

“ Hei, Jieun dengan kawan dia tak kacau kau kan? ” soal Ni-ki.

Haneul menggeleng dan lelaki itu diam - diam melepaskan nafas lega.

“ Kalau dia kacau kau tahu nak buat apa kan? ” soal Ni-ki lagi.

“ Saya tahu. Jangan risau, okie? ” Haneul memberi senyuman manis kepada Ni-ki.

Good girl! Jumpa waktu rehat! ”

Haneul kaku di posisinya selepas tindakan Ni-ki tadi. Lelaki itu mengusap kepala lembut sebelum berlari menuju ke kelas.

𝐅𝐀𝐓 | 니키Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang