6

947 179 40
                                    

A little rumor won't harm, right? ” soalnya bersama senyuman sinis di bibir.

Pagi itu tidak seperti yang biasa. Setiap langkah yang diambil oleh Haneul pasti akan ada bisikan. Dia tertanya.

“ Kau tengok tu—ughh aku tak percaya! ”

“ Empat mata ni? Like seriously?

What kind of level untuk jadi kekasih Riki? ”

“ Nishimura Riki dan Kwon Haneul? What a nightmare!

Nah, Kwon Haneul is the nightmare!

Tipu jika Haneul tidak tertanya - tanya mengapa namanya disebut - sebut. Nama Ni-ki juga dikaitkan bersama.

Haneul hanya mengabaikan sahaja dan membuka pintu lokernya. Ketika dia sedang mengambil buku pintu loker ditutup kasar.

“ Aarrgghh! ” jerit Haneul sambil cuba mengeluarkan tangannya dari loker itu.

“ Ji-Jieun... ta-tangan saya... ”

“ Apa yang kau buat dekat Ni-ki, huh?! ” soal Jieun kasar.

Air mata mulai mengalir di pipi Haneul kerana tangan kirinya bertambah sakit. Melihat Haneul begitu membuatkan Jieun senyum sinis.

Dasom menolak kasar bahu Haneul membuatkan gadis itu jatuh. Haneul segera memegang tangan kirinya sudah memerah. Tidak lama lagi pasti akan lebam.

Pipinya basah kerana air matanya tidak berhenti. Dapat dia dengar suara ketawa dari pelajar lain. Haneul berharap ada yang membantunya.

“ Dasar tak tahu malu! Aku suruh kau jauhkan diri dari Ni-ki kan?! ” ujar Jieun lagi.

“ Kau siapa nak arahkan dia? ” serentak tiga gadis itu menoleh ke belakang Haneul.

Nishimura Riki sedang berdiri bersama wajah dinginnya. Dia memandang tiga gadis itu tajam sambil mendekati Haneul dan diikuti dengan Sunoo dan Taki.

Sunoo dan Taki membantu Haneul untuk berdiri manakala Ni-ki memandang Jieun.

“ Riki apa yang awak cakap ni? ”

“ Aku tak pekak dan buta lagi Han Jieun. Semua semua orang tengah cakap pasal kami berdua. Termasuk kau yang terdesak ni— ”

“ —kau nak dengar sangatkan? Ya, Kwon Haneul kekasih aku. Puas?! ”

+ nak fangirl?

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now