12

816 159 14
                                    

Setelah mendapat kebenaran dari Puan Kwon mereka bertiga menuju ke sebuah bangunan berbentuk kiub.

Sunoo turun dari kereta diikuti dengan Hanbin dan Haneul. Kiub besar itu membuatkan Haneul seperti orang kerdil.

Jantung Haneul berdegup kencang, " erm, kita dekat mana ni? "

" You'll see. "

Deja vu. Haneul pernah mendengar ayat itu tepat pada hari Ni-ki mengajak dia menjadi kekasihnya. Apa yang mereka tahu?

Sunoo segera memegang tangan Haneul menariknya ke dalam bangunan itu. Bahagian dalamnya seperti pagar sesat. Mereka berhenti di hadapan sebuah objek berbentuk bujur.

Atau lebih tepat sebiji telur.

" Jom Haneul! Kita dah lewat! "

" Kejap! Tempat apa ni Sunoo, Hanbin oppa? "

Dua lelaki itu hanya senyum tanpa membalas apa - apa. Haneul semakin tertanya - tanya. Separuh dirinya mahu teruskan manakala yang separuh menyuruh dia lari.

Objek berbentuk telur itu berputar dan Haneul terkedu. Ianya seperti sebuah ruang latihan bersama sekumpulan budak lelaki.

" Kami dah sampai! " jerit Sunoo.

Sekumpulan lelaki itu menoleh dan semua memandang ke arah tiga orang itu. Atau lebih tepat, Haneul.

" Woah, Sunoo! Siapa perempuan ni? " soal salah seorang dari kumpulan itu.

Rakannya mengetuk kepalanya sambil bersuara, " itu Haneul lah, bengap! "

Kini, Haneul benar - benar keliru. Bagaimana sekumpulan lelaki boleh mengenali dirinya? Sedangkan Haneul tidak kenal pun mereka?

" As expected, she's Kwon Haneul. "

+ aku bayangkan i-land TT

𝐅𝐀𝐓 | 니키Where stories live. Discover now