5

966 166 15
                                    

Untuk pertama kali dalam hidup Haneul dia didenda untuk berlari di padang sekolah. Dia lewat dan didenda kerana dianggap menipu.

Mahu tidak mahu Haneul terpaksa menjalankan denda itu. Malah dia juga pasti yang ramai sedang mengetawai dirinya.

" Haaa... penatnya. " keluh Haneul ketika dia sudah menghabiskan lariannya. Dia duduk di bawah pokok sambil mengipaskan wajahnya.

" Lain kali nak ponteng pun jangan tunggu dekat loker. Kan dah kantoi. " ujar seseorang dan berjaya membuatkan Haneul menjerit kecil.

Dia segera menoleh dan melihat gerangan yang menyapanya itu. Automatik tubuhnya kaku apabila melihat wajah tenang yang sedang bersandar di dahan pokok.

Orang itu ialah Ni-ki.

Kulit putih, hidung mancung yang comel dan bibir merah semula jadi milik lelaki itu ditatap. Tidak lupa tahi lalat yang terletak sempurna.

" S-saya tak ponteng pun. " ujarnya perlahan sambil bermain dengan jarinya.

Ni-ki ketawa kecil dengan mata yang terpejam. Tingkah Ni-ki itu berjaya membuat jantung Haneul berdebar.

Lelaki berdarah Jepun itu benar - benar menarik hati.

" Kau pasti? Jungwon kecoh bila kau tak masuk kelas. " balas Ni-ki sambil membuka sebelah matanya dan memandang gadis bercermin mata itu.

Haneul baru sedar akan Jungwon. Kelmarin dia ada berjanji untuk berkongsi buku rujukan dengan lelaki itu.

Sudah tentu lelaki itu mencari Haneul tetapi Haneul pula tidak muncul di kelas.

" Alamak! Saya lupa- "

" Dia pinjam Sunoo punya. Kau nak bagi dia pun tak sempat. " potong Ni-ki lagi.

Dia kembali memejamkan matanya seolah tidak peduli tentang kelas. Haneul memandang jam dan sedar kelas selepas ini akan bermula 20 minit lagi.

Haneul segera berdiri dan menyapu debu di skirtnya. Dia memandang Ni-ki dan berfikir untuk mengajak lelaki itu atau tidak.

Seolah dapat membaca fikiran Haneul, Ni-ki bersuara " aku tahu nak masuk kelas. "

" Baik! Saya pergi dulu. "

𝐅𝐀𝐓 | 니키Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang