Ni-ki batuk kecil sambil mengelak dari memandang mata Tuan Kwon. Dia tanpa sedar bermain - main dengan jarinya kerana gugup.
Siapa sahaja yang tidak gugup? Bertemu dengan ayah kepada kekasih sendiri pula tu. Tuan Kwon batuk kecil.
" Berapa lama kamu kenal dengan Haneul? "
" 4 tahun, ahjussi. " balas Ni-ki.
Dia cuba mengawal nada suaranya yang jelas - jelas bergetar itu. Tuan Kwon mengangguk perlahan.
" Kamu tahu yang Haneul tu satu - satunya anak perempuan saya? Sebagai seorang ayah saya tak nak dia kec— "
" Haish, sudah - sudahlah dengan temubual awak tu. Bukan tak pernah jumpa. Riki, mari makan dulu. " Puan Kwon mengukir segaris senyuman buat Ni-ki.
Dia menarik tangan Ni-ki menuju ke meja makan. Tuan Kwon terkesima melihat isterinya menarik tangan Ni-ki.
Lebih sayangkan bakal menantu nampaknya.
Tuan Kwon duduk di meja makan lalu diikuti dengan yang lain. Haneul memberi senyuman ke arah Ni-ki.
" Ehem, bacalah doa. " arah Tuan Kwon.
" B-baik! "
Haneul hanya ketawa melihat Ni-ki yang gugup itu. Sebenarnya appanya sengaja menguji Ni-ki. Tidak sangka dia benar - benar takut.
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...