4 bulan kemudian.
" Bulan tu cantikkan? " soal Ni-ki sambil memeluk bahu Haneul.
Haneul hanya mengangguk dan bersandar pada bahu Ni-ki. Malam minggu itu Ni-ki mahu habiskan waktu bersama Haneul.
Tidak lama lagi CSAT akan berlangsung. Mereka sama - sama tidak sedia.
" Sayang, ada benda yang saya nak cakap. " ujar Ni-ki.
Pelukan dilepaskan dan dia duduk bersila menghadap Haneul. Tangan kecil itu dipegang lembut.
" Cakap tentang apa? "
" Tentang kita. Awak ingat perjanjian kita waktu mula - mula dulu? Saya nak awak jadi kekasih saya sampai tamat peperiksaan? "
Haneul mengangguk lagi, hatinya mulai berasa tidak tenang. Seperti ada sesuatu yang akan jadi antara dia dan Ni-ki.
Ni-ki senyum nipis, " saya nak batalkan perjanjian tu. "
" K-kenapa? Peperiksaan belum habis lagi! Aw-awak tak boleh buat macam tu! " Haneul terus memeluk tubuh Ni-ki erat.
Air matanya mengalir deras. Dia menyembunyikan wajahnya di dada Ni-ki sambil merayu. Ni-ki memegang dagu Haneul.
" Saya boleh Haneul. Saya tak nak hubungan yang terjalin melalui perjanjian. Kali ini saya akan buat dengan serius. " balas Ni-ki.
" Huh? "
" Sayang, saya cuma nak jadikan awak kekasih saya yang sebenar. Saya tak pergi mana pun. "
Ketawa kedengaran dari bibir Ni-ki. Tangannya mengusap kepala Haneul lembut membuatkan Haneul mengetap bibir.
Lantas dada Ni-ki dipukulnya, melepaskan rasa geram kerana dia berjaya ditipu. Haneul tidak mahu berpisah dengan Ni-ki.
" Jahat! Sampai hati awak buat macam ni! "
" Saja nak uji tahap kesayangan awak dekat saya. Tak sangka sampai menangis. " ejek Ni-ki dan Haneul terus bangun.
Ni-ki mengejar lalu menarik tangan Haneul supaya gadis itu menghadap dirinya. Pipi Haneul diusap lembut.
" Maafkan saya, sayang. " bisik Ni-ki.
Bibir Haneul dicium lembut membuatkan pipinya merah. Haneul segera menyembunyikan wajahnya. Ni-ki memeluk Haneul erat.
" Saya sayang awak, gadis pemalu. "
" Saya sayang awak juga! "
THE END!
THANK YOU SEBAB BACA BUKU YANG CHEESY NAK MAMPUS INI.
LOVE, NASH <3
YOU ARE READING
𝐅𝐀𝐓 | 니키
Fanfiction" People said, don't judge a book by it's cover. Then why you need to judge people by their appearance? " Kwon Haneul seorang gadis dengan badan yang agak berisi. Dia sering dijadikan sebagai bahan ejekan dan buli di sekolah. Satu hari ada gosip yan...