Selesai subuh , Anggun terus ke dapur . Niatnya hendak menolong untuk menyiapkan sarapan
" Nak Anggun tolong apa apa ? "
Hajah Nasmah terkejut .
" Eh budak bertuah ni ! Terkejut opah tahu ? Awal pula kamu bangun , selalu lepas subuh mesti kamu tidur balik sampai terpacak matahari atas kepala " bebel Hajah Nasmah
Anggun cebir bibir .
" Opah ni kan , suka tau serang Anggun macam ni . Ni , hati ni . Sakit tau bila kena setepek macam tu " balas Anggun bersama mimik muka sedih .
Hajah Nasmah senyum . Mengada
" Tak ada apa dah yang nak ditolong , tinggal buat air je ha " kata Puan Aisyah yang muncul secara tiba tiba .
" Kalau macam tu , Anggun buatkan air lah maksu . Teh okay ? " kata Anggun .
Puan Aisyah hanya mengangguk kepala .
Sedang Anggun asyik mengacau air , tiba tiba Iyad muncul di sebelah .
" Eh bangun dah ? Bukan kata nak tidur sekejap ke tadi lepas subuh ? " soal Anggun yang baru perasan kehadiran suaminya itu .
" Tak boleh tidur . Rindu " kata Iyad sambil kenyit mata .
Anggun angkat kening . Macam tu eh ?
" Amboi pengantin baru ni . Pantang ada peluang ya ? Meremang bulu roma dengar " usik Hajah Nasmah .
Puan Aisyah ketawa melihatnya .
" Kasi can la Opah , masa cuti ni la nak manja manja . Nanti dah sibuk kerja , tak dapat dah peluang keemasan ni " balas Iyad sambil senyum .
" Ada ada je la kamu berdua ni " kata Hajah Nasmah
" Mak ! Mak ! " jerit Puan Hanijah .
Hajah Nasmah mengeluh . Baru je dia mahu jalani pagi hari ini dengan tenang , ada pula yang mahu memusnahkannya .
" Kau dah kenapa Ijah terjerit jerit pagi pagi ni ? " soal Hajah Nasmah
" Fatiya dah balik ke belum ? " soal Puan Hanijah kalut . Menghiraukan wajah masam ibu kandungnya itu
" Budak tu dah balik subuh tadi , itu la kau anak sendiri balik pun tak sedar " jelas Hajah Nasmah .
Anggun senyum senget . Patut la Fasya tu liar , mak sendiri pun tak pernah nak ambil tahu hal anak sendiri . Nasib baik la Fatiya tu pandai jaga diri . Namun kata kata itu hanya sekadar berada di dalam hati .
Puan Hanijah menjeling tajam .
" Air dah siap , Anggun pergi panggil yang lain ya untuk sarapan " kata Anggun dan berlalu pergi .
" Duduk lah Iyad , makan . Ini saja yang ada " jemput Hajah Nasmah .
" Ini pun dah cukup Opah , sedap sangat dah ni baunya " kata Iyad sambil menikmati haruman nasi goreng di depan matanya .
" Iyad ni tolak kayu dan batu je Opah " kata Anggun yang tiba tiba muncul di belakang Iyad .
" Dengki " ejek Iyad .
" Ha sudah sudah , jom makan " kata Puan Athirah di tepi Anggun . Mahu menghentikan pergaduhan yang bakal bermula sebentar lagi antara anak menantunya itu .
Selesai sarapan , mereka semua mula menyediakan bahan untuk merewang sebentar lagi . Esok Fatiya dah nak kahwin .
" Anggun ! Nanti pergi dengan Iyad ambil ayam " suruh Haji Yusof , lupa pula dia sudah berjanji mahu ambil ayam semalam . Rashdan pun lupa nak ingatkannya .
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...