Sarapan pagi pada hari ini dipandang sekali lalu sahaja . Iyad awal pagi lagi sudah keluar untuk jogging . Katanya lepas kahwin kena jaga badan takut gemuk , nanti ramai perempuan lari . Ceit
Jam di dinding ditilik . Lama pula Iyad ni jogging . Keluhan dilepaskan . Perut mula menghasilkan bunyi . Haih ni semua kau punya pasal ! baik sangat nak tunggu dia habis jogging kan ?
-FLASHBACK-
" Aku pergi keluar jogging sekejap . Jangan nak rindu rindu pulak " . Kenyitan mata beserta senyuman nakal diberi oleh Iyad .Aku menjulingkan mata ke atas . Tak habis habis stok perasan dia tu kan ?
" Ha ! Aku rasa nak makan mee goreng lah . Kau masak eh ? Jangan makan dulu , tunggu suamimu pulang ye thank you ! " jerit Iyad di permukaan pintu rumah .
Aku mencekak pinggang . Amboi sedara ! Main order je ye ? Kau ingat ni kedai mamak ke ? Huh !
-END FLASHBACK-
" Hoi ! " sergah satu suara .
Aku berpaling lalu mengurut dada . Bertuah betul la !" Kau ni dah kenapa ? " marahku
" Kau tu yang dah kenapa ? Tersengih sengih macam kerang busuk " balas Iyad ." Mesti fikir pasal aku kan ? " tambahnya lagi .
" Perasan ! "Iyad melepaskan tawanya . Comel !
Pandangan beralih ke hidangan makanan untuk sarapan mereka pada pagi itu . Menyelerakan !
Mee goreng disenduk ke pinggan . Sudu dan garpu dicapai . Bismillah
" Anggun , aku punya kop.... " belum sempat menghabiskan ayatnya . Anggun menghulur secawan kopi panas .
" Your coffee . No sugar " kataku .
" Terima kasih sayangku raraaa " . Flying kiss diberi ." Iyad.. " panggil ku keras . Suapan mee goreng ke mulutnya terbantut .
" Ok ok sorry " . Iyad meminta maaf atas keterlanjuran bicaranya . Selepas apa yang terjadi malam tadi . Anggun kerap termenung dari selesai solat subuh tadi sehinggalah sekarang . Bukan dia tidak perasan , tetapi biarlah . Kadang2 kita perlukan sedikit masa untuk fix everything right?
Buat seketika hanya bunyi sudu dan garpu yang berbunyi sahaja .
" Em yad . Aku nak minta izin ni , ye la walaupun semua ni masih baru aku tetap hormatkan kau sebagai suami aku . So, kejap lagi aku nak keluar sekejap . Kau izinkan tak ? "
" Sorang je ? Nak pergi mana ? Nak aku teman ke ? " soal Iyad prihatin , risau .
" Eh no la tak pe . Aku ajak Julia , lagipun dia cuti lagi . Dont worry it wont be long . Err pergi pergi eh pergi mana2 je la kau ni banyak tanya pulak mengalahkan polis " dalihku .
" Nak pergi mana pun tak tahu ? " kepala digelengkan .
" Aku risau dekat kau . Tapi aku pulak kena marah . Tak apalah , kanda undur diri " rajuk Iyad .
" Kau jangan nak mengadalah yad ! Drama lebih " . Aku jeling padanya
" Nak mengada dengan isteri sendiri pun tak boleh ke ? "
" Tak boleh ! "
" Kedekutnya " . Kutuk Iyad
Aku menjelirkan lidah . Werk ! Lambat lagi ye nak mengada ngada . Huhh
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Punggung dilabuhkan di kerusi batu yang tersedia di taman tasik itu . Pandangan dihalakan di sekitar taman tasik . Nyaman je rasa .
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...