27

301 8 0
                                    

Aku pandang Iyad meluat . Sesekali jelingan tajam diberikan . Baru aku faham maksud lain yang dia kata tadi apabila keluar dengan suami dengan kawan . Ye la masa jadi kawan kena jaga batas . Lepas dah kahwin ni nak peluk pun tak apa . Aku menjeling jari jemari ku yang digenggam kemas oleh jari jemari Iyad . Huh ! Dasar mengambil kesempatan !

Iyad disebelahku hanya tersenyum lebar . Menampakkan barisan gigi yang tersusun dan putih itu . Kalau perempuan lain tengok dah tentu tentu yang lain kena virus T . Apa virus T ? Virus teleng . Sebab apa ? Sebab tiap kali lalu di kawasan yang ramai orang lepastu pula dia senyum cenggitu . Fuh pandang dua kali ye anak anak !

Aku melihat lagi tanganku yang digenggam oleh Iyad . Rasa macam renjatan elektrik tahu tak bila dia pegang . Aku ni dah la seorang yang suci lagikan naif dan tidak bersalah ini . Puih !

Fikiran mula menerawang tentang tercetusnya sesi pegang pegang tangan ini .

" Dindaku sayang , dah 10 minit dalam kereta ni tahu kanda tunggu dinda habis main game " keluh Iyad . Dia bukan apa , pantang dapat pegang telefon lepastu main game . Main game bukannya kejap , lama pula tu ! Apa yang menyeronokkan sangat pun aku tak tahu la .

" Kejap la aku tak habis lagi ni " Anggun memujuk . Tembakan demi tembakan diberikan . Ha rasakan nak bunuh aku konon !

Tiba tiba iyad merampas telefon pintarnya . Aku membesarkan mata . Berani kau !

" Hei ! Kau ni kenapa ha ? Bagi la balik " marahku sambil tangan cuba mencapai kembali telefon pintar .

Iyad galak melarikan telefonnya itu . Sekejap diubah ke tangan kiri sekejap ke tangan kanan . Lagak mereka tak ubah seperti budak kecil .

Kemarahanku makin membara apabila melihatkan skrin telefon ku . Skrin memaparkan dengan jelas tulisan BETTER LUCK NEXT TIME .

" Habis tak dapat winner winner chicken dinner ! " tempelakku geram . Aku membuka pintu kereta mewah milik Iyad . Aku terus keluar , langkah mula diaturkan . Muka ditayang geram . Merah mukanya .

Belum sempat Anggun melangkah lebih laju meninggalkan Iyad . Dengan pantas Iyad melangkah besar cuba untuk menyaingi langkah Anggun .

Aku terus jalan . Tidak mengendahkan panggilan Iyad .

Dan Iyad dengan jayanya dapat menyaingi langkah aku dan berdiri di hadapanku . Aku tidak dapat menahan kaki agar berhenti dari terus berjalan . Sudahnya dapat setepek muka terlanggar di dada bidang milik Iyad .

Iyad menahanku dari terus jatuh dengan memeluk pinggangku . Pelukannya kejap . Aku mengeraskan badan . Rasa sesuatu . Rasa macam kena renjatan elektrik apabila mereka berkeadaan seperti itu .

Pantas aku menolaknya . Muka ku panas . Malu . Pandangan orang ramai mula terarah kepada mereka .

" Ei gatal ! Malu lah orang tengok " beritahuku perlahan . Iyad menghamburkan tawa lucu . Apa yang kelakarnya ?

" Kau ni reti malu jugakkan sebenarnya Anggun Qairah . Nak malu apanya bukan kau telanjang pun . Aku yang peluk kau , bukan kau yang peluk aku . Lagipun kau dengan aku suami isteri " ujar Iyad sambil sambung mentertawakannya .

Aku terus memukul dadanya . Geram sungguh .

Baru sahaja mahu melangkah kembali , Iyad menahanku dari terus melangkah . Aku memandangnya pelik . Sudahla dia tadi malu kerana perbuatan spontan mereka itu tadi . Okey correction , Iyad je okay !

" Kejap la " ujarnya . Aku hanya membatukan diri . " Kau ingat tak tadi dekat rumah aku kata keluar dengan suami atau kawan ni rasa dia berbeza ? " soal Iyad . Aku hanya menganggukkan kepala . Pastilah dia ingat , mahu tahu apa yang akan dia rasa kelainannya nanti .

" Kau nak pahala tak ? " soal Iyad lagi . Aku angguk laju . Mestilah aku nak pahala , gila taknak .

Tidak semena mena jari jemariku terus digenggam oleh jari jemari Iyad . Aku terkejut dengan tindakan mengejut dari Iyad itu . Belum sempat lagi aku mahu mencuba melepaskan jari jemariku . Iyad lebih pantas mengatasinya . Dia mengetatkan lagi genggaman di tangan tetapi tidak menyakitkan . Sekadar menahan dari tanganku cuba bergelut mahu dilepaskan olehnya .

" Kata nak pahala " katanya . Kemudian tayang wajah selamba . Akhirnya aku hanya akur . Tidak melawan .

" Let's go sweetheart " jerit Iyad girang . Seperti kanan kanak yang baru sahaja mendapat gula2 . Aku hanya menggelengkan kepala . Cuba bagitahu aku , suami siapa ini ? Kami melangkah masuk ke dalam Mall . Seorang muka terpaksa . Seorang muka gembira . Macam kena kahwin paksa !

Aku kembali ke alam nyata apabila Iyad memanggil manggil namaku . Aku menoleh ke arahnya .

" Kau ni kenapa ? Aku panggil banyak kali bukannya dengar pun . Penat aku bebel sorang sorang " bebel Iyad tak puas hati .

Aku hanya tayang sengih . Iyad menggelengkan kepala .

" Kau fikir apa ? Jasad kau tengah berjalan tapi roh kau terbang entah kemana . Nak kata kau kawin paksa . Kau yang suruh aku minang kau . Tak fahamlah ! " cebik Iyad .

Aku hanya menjelirkan lidah . Malas nak layan . Aku mengalihkan pandangan ke semua sudut . Eh bukan tadi dia ada di tingkat bawah ke ? Bila masa dah sampai atas ni . Gumamku sendiri .

Mata dihalakan ke arah skrin besar yang terpapar di hadapanku ini . Ada beberapa teaser filem yang ditayang di skrin besar itu . Oh dah sampai sini rupanya .

" Kita nak tengok cerita apa ni ? " soalku . Iyad merenung skrin besar itu . Cerita apa ya yang menarik sekarang ini ?

" Kau nak tengok cerita apa " soal Iyad . Dia jugak tidak tahu mahu melihat cerita apa . Lebih kurang 5 minit kami sudah sepakat mahu menonton cerita yang bergenre horror .

Selesai sahaja membeli tiket . Kami terus membeli popcorn dan air . Kebetulan masa filem yang ditayangkan hanya lebih kurang 7 minit sahaja lagi .

Sedar tak sedar . Waktu tayangan filem sudah pun bermula . Kami masuk ke dalam bilik panggung yang bernombor 6 . Kemudian mengambil tempat duduk yang mempunyai dua seat di sebelah kanan . Pada mulanya aku tidak mahu ye la duduk berdua pulak kalau dia cabul aku macam mana ? Eh Haha

Dah kalau memang Iyad , semua nak kena ikut cakap dia . Boleh pulak dia pancing budak kat counter ticket tu dengan senyuman manis semata mata untuk menandakan tempat yang dipilihnya . Sudahnya budak itu ikut sahaja sambil menghadiahkan senyuman yang hm suka la kut ? Jahatnya !

Baru sahaja suku tayangan aku sudah mula menjerit . Iyad di sebelah yang membebel macam makcik makcik itu tidak diendahkan . Siapa suruh paksa aku tengok cerita genre horror mcm ni . Kata sepakat yang dibuat tadi dia paksa aku ye . Aku ulang dia yang paksa

Bukan dia tak tahu aku ni takut takut berani jugak . Cuma terkejut sahaja apabila tiba scene jumpscare , itu yang dia menjerit . Lagi pula Iyad sudah berjanji tidak akan membebel kepadanya nanti apabila dia jerit atau apa . Ha ni mana janjinya ? Janji tinggal janji .

Aku menjelingnya . Menyampah betul . Baru sahaja hendak mengutuk Iyad . Tiba tiba keluar lagi scene jumpscare itu . Apalagi menjerit la aku .

" Ya allah " jeritku sambil memeluk lengan Iyad dengan spontannya . Iyad disebelah senyum suka . Aku melepaskan peganganku . Nasib betul lah kau ni suami aku . Kalau tidak memang dapat free2 je dosa kan .

Aku kembali panggung kepala di hadapan . Malas layan Iyad . Lagi dilayan lagi diusiknya .

" Kan bagus kalau kau terkejut macam ni selalu . I like your touch . You drive me crazy sweetheart " ujar Iyad dalam nada manja dan seksi .

Sekali lagi . Belum sempat mahu memarahinya . Scene itu keluar lagi . Kali ini memang sungguh2 dia peluk lengan Iyad tak mahu lepas . Dah la Iyad , lantak kau la ! Aku tak kisah dah ! Arghhhhhh !

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now