23

309 13 1
                                    

Jam yang aku kunci di telefon pintarku itu berdering . Lampu tidur di sisi katil ku di buka . " Pukul berapa dah ni ? "

Aku celik mata . Segera aku menghentikan deringan telefon itu . Bising ! Dah pukul 6 pagi . Aku berura ura hendak bangun , nak solat kan . Baru sahaja aku mahu mengalihkan comforter yang diselimuti dengan tubuhku itu eh tiba tiba berat la pulak . Aku mengalihkan pandangan . Bulat mataku melihatnya .

Iyad peluk aku . Ye dia peluk aku dengan tangan yang berat mengalahkan dumbbell . Aku cuba mengalihkan tangannya yang berada di pinggangku . Kan aku dah cakap , berat !Macam mana nak gerak sekarang ni ? Tak selesanya ! 25 tahun aku hidup tak ada satu pun lelaki yang berani peluk aku ei ! Er kecuali ayah la . Ya allah , tolong aku ! Hm kejut je la dah subuh kan .

" Yad . Bangun la kau peluk aku ni macam mana aku nak solat ni " . Pelukan dieratkan . Eh dia ni ! Makin dikejut makin dipeluknya . Tak boleh jadi ni . Aku dah cakap semalam jangan dekat2 , ni la jadi dia . Iyad pernah beritahu yang dia tak boleh tidur kalau tak peluk sesuatu , tak kisah la peluk bantal ke apa ke janji dia kena peluk sesuatu . Macam aku jugak tapi tak ada la macam dia ni semua benda dipeluknya . Aku hanya boleh tidur kalau peluk bantal sahaja . Bantal je okay ! Bukan orang ergh .

Aku mendapat idea . Nangis je la lepastu hinjut2 sikit bahu bagi over . Mesti dia bangun punya . Aku memulakan peranan . Tangisan yang memang tak ada air mata langsung tu dikuatkan lagi . Tidur mati ke apa dia ni .

" Mmm kenapa ni " Iyad bertanya . Dia melepaskan pelukan dan menggosok gosokkan matanya sedikit . Tidurnya terganggu . Aku yang membelakanginya meneruskan peranan . Saja nak bergurau haha .

" Eh kau kenapa ni menangis ? " Iyad terus duduk dari perbaringannya . Risau mungkin .
Dia menggoncang bahuku perlahan . Mengigau ke ni ?

" Kau jahat ! Kau ss- sentuh aku " kataku sambil menangis sekaligus menahan tawa yang memang nak pecah ni . Aku bangun dari perbaringan , terus memandangnya . Nasib baik bilik ni gelap , tak kantoi la buat2 menangis . Hanya dibekalkan cahaya dari lampu tidur yang samar samar itu sahaja .

Iyad melopong . " Sumpah tak gila ! Aku tak sentuh kau la kau kenapa ni aku dah cakap kan aku takkan sentuh kau kalau kau belum bersedia " Iyad menutur kata sambil kedua2 tangan diangkat seperti orang yang tidak bersalah .

" Tak ! Kau sentuh aku ! Kau peluk aku " . Aku menunduk sambil menangis . Weh sumpah nak gelak guling2 ni tengok Iyad gelabah haha .

" Aa-aku terpeluk kau la . Lagipun kau masih bertelekung , ni ha rambut kau pun aku tak tengok lagi  " Iyad tunjuk telekung yang tersarung di kepala ku .

Aku menghamburkan tawa . Haha . Dah la aku penat nak tahan gelak . Sesekali aku pandang wajahnya . Tayang muka pelik , tak faham dan gelabah .

" Dah la ! Aku gurau je . Gelabah eh kau . " Aku bangun dari duduk . Nak pergi bilik air , buat apa yang patut .

Sebelum aku melangkah lebih jauh . Iyad tarik tangan aku . Eh apa pula ni nanti habis waktu pulak karang lepastu nak tolong ibu buat sarapan pagi pula .

Aku mengangkat kening tanda menyoal tentang perbuatannya itu . " Kenapa kau buat macamtu ? " soal Iyad mendatar . " Dah kau tidur mati . Kejut tak ada respon . Ha lepastu peluk aku kuat2 dengan tangan gajah kau tu . Aku buat2 la menangis " . Jujur aku berkata . Kemudian aku tertawa kecil , bila diingatkan wajah Iyad yang macam pelik lepastu gelabah tadi buatkan aku ingin ketawa lagi .

Iyad melepaskan pegangan tangan . Dia menggeleng kepala lalu bangun dari katil . Dia berdiri betul2 di depan ku dan memandangku . " Kena sentuh dengan aku betul betul nanti baru kau tahu the power of men " . Senyuman nakal diberi kemudian berlalu pergi ke bilik air . Badanku mengeras , tidak bergerak . Liur ditelan . Gulpp !!

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now