Hampir 1 jam kakinya terus melangkah tidak berhenti . Kekecohan yang berlaku sewaktu dia keluar dari rumah itu tadi tidak dihiraukan .
-FLASHBACK-
BANG !
Pintu bilik dihempas kuat . Hatinya mendidih . Jika sesiapa yang bertanya keadaannya ketika itu pasti sahaja tamparan percuma diberikan . Dia tidak kisah jika itu yang dapat melegakan hatinya .Saat kaki melangkah keluar dari rumah , Hajah Nasmah menjerit .
" Anggun ! Anggun ! Ya allah ,nak ke mana tu sayang ? " jerit Puan Nasmah keresahan .
Iyad yang berada di bilik tadi terus keluar mencapai kunci kereta . Namun sempat dihalang oleh Encik Rashdan aka Paklang .
" Tak perlu , biarkan . Dia tengah marah tu , biar hati dia sejuk sikit nanti balik lah Anggun tu " kata Encik Rashdan
Iyad rasa serba salah . Jika diikutkan mahu sahaja dia berlari ke arah Anggun ketika ini .
" Percaya cakap Paklang , nanti bila marah tu dah hilang dah redaa dia balik la . Tak jauh mana pun lah Anggun tu pergi " pujuk Encik Rashdan . Dia tahu Iyad sedang resah , jadi untuk kebaikan anak saudaranya itu dia cuba yakinkan untuk tidak bertindak secara melulu .
Lutut Iyad ketika itu terasa longgar . Dia terduduk . Wajahnya diraup .
" Salah saya Paklang , salah saya " kata Iyad sambil menepuk kuat dadanya , kepalanya ditunduk .
" Bukan salah kamu . Banyakkan beristighfar supaya hati kamu tenang . " kata Encik Rashdan sambil menepuk bahu Iyad
Ketika itu orang yang berada di dalam rumah hanya senyap . Tidak berani bersuara . Ye lah mana tak terkejutnya tadi masing2 sedang membuat hal sendiri tiba2 dengar suara perempuan sedang menengking .
Fasya yang berdiri di sebelah Puan Hanijah berbisik .
" Buruk betul perangai Anggun tu kan mak , berani betul dia tengking suami dia macam tu?"
Puan Hanimah mencelah tetapi kali ini suara lantang berbicara .
" Memang salah dia pun . Itu lah orang panggil karma . Padan lah muka , tadi bukan main sangat kan melawan cakap orang tua . Nak menangkan isteri konon . Tengoklah , alih alih dapat isteri derhaka " kata Puan Hanimah , hatinya puas . Padan muka kau !
" Silap hari bulan , cerai lah pulak tu nanti " kata Puan Hanijah sambil senyum sinis .
" Cukup lah ! Kauorang berdua ni kenapa ? Sengaja nak simbah minyak ke dalam api ke ? Suka kalau tengok cucu aku bercerai berai ? Macam tu ? " Marah Hajah Nasmah.
" Alah mak ni , betul apa ? Baru kahwin dah pandai tinggi2 suara macamni . Lepas tu keluar ikut sedap hati dia je , minta izin pada suami pun tidak . Macam mana lah nak berkat perkahwinan diaorang tu mak " . Puan Hanimah membalas , suka menambah perasa di situasi begini .
" Betul lah tu , Fasya setuju dengan maklong . Macam ni ke perangai sebenar cucu kesayangan Opah tu ? Dulu bangga sangat kan dengan Anggun tu , ha mana dia sekarang ? Tak pasal pasal jadi janda sebab derhaka dengan suami " kata Fasya , melampiaskan rasa ketidakpuashatiaannya .
" Kamu pun tak ada bezanya Fasya , kamu bagitahu opah kenapa kamu jadi janda ? Sebab mati laki ke ? Tidak kan ? Sebab perangai kamu ni lah ! Suka jadi batu api , menjaja cerita dekat orang . Lepas tu apa ? Kamu sendiri tahu kan kenapa ? Jangan nak sibuk jaga tepi kain orang . Kain sendiri pun koyak rabak , sibuk nak menyelit dekat kain orang lain "
Hajah Nasmah membidas , sudah penat berdiam diri dari tadi . Cucunya yang seorang itu dicaci oleh keluarganya sendiri . Sungguh dia kecewa
" I hate you opah ! I hate you ! " jerit Fasya , dan terus berlari keluar dari rumah sambil menghentak kedua dua belah kakinya itu .
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...