41

313 8 0
                                    

-sambungan-

Puan Intan mengelus lembut tangan Izdiyan . Wajah pucat milik anaknya ditilik . Rindunya dia pada anak kembarnya yang seorang ini .

Puan Intan tersenyum sendiri apabila teringatkan keletah Izdiyan dan Imtiyaz . Manja sungguh bila duduk bersama . Tak ubah seperti anak kecil perangainya .

" Mama datang ni Iz . Iz kuat ya ? Mama rindu Iz dengan Im " kata Puan Intan sambil mengelap air mata yang mengalir .

" Mama tak sanggup kehilangan anak anak mama . Bertahan lah Iz , sayang . Mama ada "
sambung Puan Intan lagi . Wajah anaknya ditatap dengan penuh kasih sayang

" Maa . Jom " ajak Iyad . Doktor Razi sudah berpesan agar tidak berlama lamaan di dalam . Dan hanya membenarkan 2 orang pelawat sahaja masuk .

Puan Intan tidak mengendahkan kata kata Iyad . Yang dia kisah sekarang ini hanya berharap yang Izdiyan dan Imtiyaz cepat sedar .

" Jom mama , kesian abah dan Iman . Diaorang pun nak tengok Iz ma . Kita lawat Im pulak ya ? " pujuk Iyad lembut .

Puan Intan tidak membalas . Segera bangun dari duduk dan beredar dari situ .

Iyad mengeluh . Tak lama lepas itu , dia juga beredar dari situ . Wajah Izdiyan ditatap lagi seketika sebelum memulas tombol pintu .

Kau kena kuat Iz , aku sayang kau . Semua orang rindukan kau dan Im .

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Sudah seminggu . Tiada perkhabaran dari doktor . Saban hari hanya doa yang dititipkan buat mereka .

Encik Imran bekerja , manakala Iman pula ke sekolah . Mereka tidak boleh bercuti lama lama . Sekarang ini hanya Puan Intan dan Iyad sahaja yang menjenguk Izdiyan dan Imtiyaz sesekali .

Perasaan serba salah membawa dia untuk datang ke hospital selalu . Dia takut kalau dia penyebab kemalangan ini berlaku .

Seminggu juga Puan Intan tidak bercakap bersama Iyad . Itu yang membuatkan dia lebih serba salah . Dia perlu cuti dan teman mama ke hospital . Untuk tebus kesilapannya walaupun kenyataannya tidak dapat mengubah apa apa

Usai mengalunkan bacaan Yaasin , Puan Intan mengelus lembut tangan Imtiyaz . Itulah rutin hariannya apabila melawat Izdiyan dan Imtiyaz . Berharap agar mereka sedar dari koma

" Im kena kuat sayang . Mama selalu tunggu tau bila anak anak mama nak sedar . Mama rindu Iz dengan Im " luah Puan Intan .

Dia tak sanggup mahu menanggung beban perasaan ini . Walaupun kedua duanya berada di depan mata , tetap rasa seolah olah mereka berada di tempat yang jauh .

Ditilik setiap inci wajah milik Imtiyaz . Tak sangka , anak kembarmya ini terpaksa melalui semua ini . Jika diberi pilihan , dia sanggup menjadi galang ganti nyawa mereka .

" Mama , jom pergi makan . Lepastu kita solat ya ? Dah masuk waktu ni ma " ajak Iyad .

Puan Intan enggan . Dia menggelengkan kepalanya .

Iyad dan keluhan berpisah tiada . Dia perlu banyak bersabar dan menerima kenyataan yang satu itu .

" Iyad keluar sekejap beli makanan untuk mama ya ? " kata Iyad sambil memandang belakang badan Puan Intan .

Sungguh ! Dia mulai rindu akan belaian mama padanya juga .

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Iyad menguis nasi di dalam pinggan . Seleranya langsung mati . Bagaimana dia hendak makan dengan penuh selera jika adik adiknya masih berada di dalam wad dan keadaannya masih begitu , tiada sebarang berita baik yang disampaikan .

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now