25

258 9 0
                                    

" Hoi " jerkah Arsyad . Aku memalingkan wajah . " Termenung je kan kau sekarang ni semenjak dah kahwin , tak bahagia ke ? " soal Arsyad sambil tertawa kecil . " Kau diam la " . Hei aku ni baru kahwin tak sampai 24 jam lagi okey ?!

" Dah dah korang ni bising la , Af nak makan pun tak senang tau " ujar Aflah . Encik Arif dan Puan Athirah hanya menggelengkan kepala . Asyik nak bertekak sahaja .

Aku kembali makan . Kemudian Iyad di sebelah dipandang . Ye la mana la tahu dia tidak selesa atau rasa seperti tunggul . Haha .

" Along , Iyad kamu berdua ni ada apa apa perancangan ke hari ni ? " soal Encik Arif sesudah minum teh tarik .

Iyad memandangku . Ha apa ? Aku hanya buat tak tahu kepadanya . " Tak ada rasanya ayah . Kalau ada mungkin keluar dating dengan anak ayah ni je . Anggun ni asyik nak berkepit je " ujar Iyad seraya menolak nolak bahuku . Eh dia ni ! Hikayat mana pulak dia rembat nak menipu ayah aku ni ?

Encik Arif tertawa kecil . Faham mungkin dengan kata kata Iyad itu . " Pengantin baru ni memang asyik nak berkepit je eh ? Tak boleh berenggang langsung ? " soal Aflah lalu mencebik . Sikit sikit nak berkepit .

" Kau jeles kan Af . Sekolah pun tak habis lagi sibuk je kan . Diam je la " ujarku . Iyad senyum nipis . Suka dia melihat gelagat adik beradik ini . Asyik nak bercakar je , tapi hati tetap ada rasa sayang .

Usai makan , aku mencuci segala pinggan mangkuk dan cawan . Aku berpaling apabila dengar bunyi dari mesin KauAway . Iyad

Iyad meneguk air dari mesin KauAway itu lantas meletakkan cawan itu ke singki . Senang je kan kerja dia ?

" Kita nak buat apa harini ? " soalku sambil memandang ke arahnya . Aku nampak dia sedang bersandar di tepi dinding dapur . Memerhati perilaku aku . " Kenapa ? Kau nak keluar ke ? " soalnya kepadaku kembali .

" Tak ada la . Aku bukan apa , sebab tadi kan ada hamba allah ni kata aku suka berkepit dengan dia . Tu yang tanya , entah hikayat mana hamba allah tu ambik lepastu bagitahu ayah aku " ujarku panjang lebar .

Iyad tertawa lucu . " Kau ni kan kadang kadang sengal jugak kan . Tapi bukan betul ke ? Haha " ujarnya . " Lantak kau la "

Selesai mencuci pinggan mangkuk , aku mengelap tangan dengan kain agar kering . Aku berlalu ke bilik . Baca novel sekarang pun okey jugak kan ? Dah lama tak baca .

" Eh nak pergi mana tu ? " soal Iyad . " Nak siap siap pakai seksi seksi buat catwalk depan kau . Kau kan suka kan aku dapat pahala " ujarku .

" Fuh jarang sekali ni . Tunggu aku " . Iyad membuat gaya teruja dan terus berlalu mengikut Anggun ke bilik .

Aku mencapai novel baharu lalu melabuhkan punggung di atas katil . Jarang dapat bermalas malasan macam ni sekarang . Harapkan weekend je la . Beberapa helai muka surat novel baharu diselak . Seronok ni !

" Assalamualaikum kekasih aban--" terhenti ucapan gaya ala ala couple versi islamik itu . Dia memgerutkan dahi . Mana dia show catwalk dia nak buat tu .

Aku membuat muka pelik . Kenapanya ?

Dia berjalan ke arahku dan melabuhkan punggung disebelahku lalu menghadap ke arahku . Aku mengangkat kening . Tak faham

" Mana baju seksi kau tu ? Kata nak buat pahala " soalnya lurus . Aku mengetuk kepalanya menggunakan novel baru di tanganku . Belum baca lagi , kepala Iyad dah rasmi dulu .

" Sakit la " Iyad mengaduh kesakitan . Ni serius sakit .

" Jangan nak berangan sangat ye . Tak ada sebab munasabah aku nak pakai seksi seksi untuk kau " ujarku

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now