" Ehem , Iyad " panggil Anggun sambil membetulkan suara . Berdebar tak habis lagi gais ! Iyad masih lagi bercakap dengan kawannya itu . Haish dia ni tak dengar ke buat2 tak dengar ? " Iyad Mujahid ! " Iyad mengalihkan pandangan . " What ? " soal Iyad . Anggun menelan liur , dah start speaking ni marah sangat ke dengan aku ? Aduh ! Suka buat aku takut ! Okey , control Anggun ! Ala panggil je pun bukannya buat apa pun . " Er ni Kak ita nak jumpa " ujar Anggun , perlahan . Iyad mengerutkan dahi , Kak Ita ? Yang mana satu ek ? " Yang mana satu ni ? " soal Iyad kembali . " Anggun mendengus tetapi perlahan . Berapa ramai Kak ita yang kau kenal ni yad ? Aduhai . " wife cikzam " beritahu Anggun sambil mengalihkan pandangan .
" Ehem ! " Khairul mendehem . Dari tadi duk sembang dua . Yang aku ni tercongok kat sini macam tak wujud brr . " Sorry bro dari tadi sembang berdua . Em aku chaw dulu la ! " ujar Khairul , kawan rapat Iyad merangkap kawan sekerja juga . Iyad hanya tersengih , " Ala kau ni chill laa ! Tu pun nak merajuk ke ? Macam perempuan la kau ni . Wife aku pun tak macam tu . " ujar Iyad sambil tertawa kecil . Khairul hanya menjeling . Anggun di sisi Iyad pulak terkejut . Dia ni marahkan aku ke tak ni ? Boleh selit pasal wife lagi ni . Hm
Khairul menjungkitkan kening . Iyad mengerti sambil menjulingkan mata ke atas . Dia menarik Anggun rapat ke sisinya . Anggun pula dah terkejut nok haram ni . Tengah berlakon ke apa ni ? " So khai , this is my wife , my girl , my babe , my life ... " Tak sempat Iyad meneruskan kata kata , Khairul memotong bicaranya . " Dah tak payah kau nak over sangat my itu ini . Nak termuntah aku ! " ujar Khairul sambil buat muka menyampah . " Halah kau ni aku belum habis cakap kut . Boleh tak kalau orang tengah cakap jangan menyampuk . Ni mesti selalu menyampuk orang cakap , kan dinda ? " ujar Iyad sambil mengeratkan lagi pelukan di bahu Anggun . Anggun hanya tersengih , tidak mahu menyampuk . Iyad rapat dengan dia ni pun dah boleh buat dia nak pengsan apatah lagi nak jawab er memang menempah ward dekat hospital !
" Dinda ? Zaman bila kau duduk ni ha ? " soal Khairul , hairan . Dinda ? Eh orang sekarang panggil baby , darling , uchuk apa semua tu kut . Dia ni sesat dalam zaman mana ni ? " Ha tu la kau , tak kreatif langsung . Yang korang tahu panggil sayang , baby , apa semua tu . Kitaorang ni lain daripada yang lain okay " ujar Iyad bersungguh tak mahu kalah . Khairul hanya buat gaya nak termuntah . " So awak ni ? " , " Anggun Qairah , panggil Anggun je " beritahu Anggun . " Unik nama awak , kena dengan orangnya . Cantik ! So inilah perempuan yang selalu disebut dipuja oleh Iyad ni ? No wonder la , kalau saya pun saya terpikat . " ujar Khairul bermulut manis sambil tersengih . " Eh kau jangan nak melebih pulak , Anggun ? Jangan layan dia ni ! Otak tingtong ! " ujar Iyad . Khairul sudah ketawa mengekek . Anggun hanya tersengih , sekali lagi .
" Lek ah yad , aku gurau je . Nasib dah jadi bini kau , kalau tak aku try dh HAHAHA " ujar Khairul , masih dengan sisa tawanya itu . " Bengong ! Dah ada awek buat cara ada awek ! Aku bagitahu Nad baru tahu " marah Iyad , mengacah . " Eleh ! Anggun , suami awak tu jeles sebenarnya . Oh ya btw nama saya Khairul . Panggil Khai je . Nak tunggu Iyad kenalkan saya kat awak ha tahun depan pun belum tentu lgi " ujar Khairul , tersengih . " Nice to meet you Khai " ujar Anggun sambil tersenyum manis . " Me too ! Okay lah aku nak kena gerak ni . Ada janji dengan mak aku n nad . Kirim salam dekat all of your family , bye dua merpati sejoli "
Sebelum Khairul berlalu pergi , dia sempat membisikkan sesuatu di telinga Anggun . " Jaga iyad baik2 , dia sayang awak sangat2 ! " . Anggun hanya tersenyum nipis . " inshaallah " balas Anggun tetapi cuma dihati . Fuh ! Dah la , tak payah fikir sangat . Tujuan dia hanya panggil Iyad sekarang ni , ok ingat tu . " Kak ita dekat mana ? " soal Iyad sambil bermain telefon pintarnya . Anggun mengeluh , seperti kecewa . Kenapa yad ? Kau marah aku sangat ke sampai bercakap tak boleh tengok isteri sendiri . Anggun ! Kenapa kau nak kena kisah ? Takkan dah tangkap cinta dengan Iyad kut ! Please la ! Takpayah nak sakitkan hati sendiri . Agaknya begini lah Iyad rasa tadi ketika dia bermain telefon tidak hiraukan dia . Ya allah ! Kau hapuskan lah perasaan yang aku sendiri pun tidak pasti ini , aku tak nak sakit dah !
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
Lãng mạnOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...