39

288 7 0
                                    

Hari ini , Iyad sudah mula bekerja kembali . Aku pula masih cuti kahwin . Sarapan pagi itu bertemakan english breakfast . Dia malas nak masak beria sangat .

Kemeja berwarna navy blue dan tali leher berwarna hitam dikeluarkan dari wardrobe . Nasib baiklah dia dah tolong gosokkan baju siap siap .

-FLASHBACK-
" Sayang " panggil Iyad .
Aku hanya memandangnya dengan kening yang terjongket .

" Tolong gosokkan baju aku " . Iyad meminta tolong sambil membuat muka comel .

" Apa aku dapat kalau tolong kau ? " soal ku sambil terus menggosok baju kerja terakhirnya itu . Senang gosok awal , tak kelam kabut .

" Mestilah kau dapat upah "
" Upah apa ? " mataku mula bersinar .

" Upah cium nak ? " tawar Iyad sambil mengetuk pipinya dengan jari telunjuk . Wajah sengaja dinakalkan

" Ei taknaklah aku " . Aku membuat gaya nak termuntah .

Iyad melepaskan tawa . Baju kemejanya yang belum digosok itu diletakkan atas katil .

" Offer datang sekali je tau . Rugi " kata Iyad sambil tersengih . Kemudian keluar dari bilik

" Kau bagi free pun aku taknak la " jeritku .
Sekali lagi Iyad tertawa suka .

-ENDFLASHBACK-

Aku tersenyum nipis apabila mengingati kembali . Semuanya okey sampailah satu kesilapan itu berlaku . Musnah .

Cepat2 dia sediakan keperluan Iyad pada pagi itu sebelum Iyad selesai mandi .

Tapi itulah , takdir seakan akan tidak memihak kepadanya . Iyad keluar dari bilik air sebelum dia berjaya untuk pulas tombol pintu bilik .

" Anggun " panggil Iyad .
" Baju kau semua aku dah sediakan . Siap cepat , breakfast kau pun aku dah siapkan . Nanti lambat " kataku sambil cepat2 keluar dari bilik itu .

Iyad hanya memandang pintu yang sudah tertutup itu . Sampai bila ? Sampai bila kita nak macam ni ?

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Bosan . Itu yang dia rasa sekarang . Semua benda dia dah buat . Mop lantai , sidai baju , kemas dapur dan macam macam lah .

Krukk ! Eh lapar la pula . Tu la tadi Iyad ajak makan taknak . Lepastu taknak teman suami makan pula tu . Salam pun tidak . Berkurung saja dalam bilik . Jahat sangat ke dia buat macam tu ? Huh

Tudung saji dibuka . Tiada apa . Kenapa lah kau bengap sangat ni Anggun ? Sendiri masak untuk laki je , sendiri tak ingat . Dia masak untuk Iyad sahaja . Alasan taknak makan

Tudung saji ditutup kembali . Tengok peti ais la ada apa . Coklat ke , boleh la tu buat kunyah kunyah daripada tak ada kan ?

Belum sempat nak buka peti ais . Dia terperasankan note yang berwarna kuning itu tertampal di pintu peti ais .

" Aku tahu kau lapar . Luckily , semalam aku ada belikan kek pisang cheese kegemaran kau . Makan okey ? Loveyou - ♥️ "

Peti ais dibuka . Ada dua bekas ! Aku ambil satu bekas . Sudu diambil . Kemudian bekas itu dibuka . Ya allah , bau dia.. Sedapnya ! Sedar tak sedar hampir separuh bekas dia makan .

Ting ! Noti mesej masuk . Ada 5 , 3 daripada Iyad dan 2 lagi daripada Julia .

Peti mesej bernama Julia dibuka terlebih dahulu .

" Beb , kau free tak ? " - Julia
" Jom teman aku makan , lapar nok ! " - Julia

Aku tersenyum . Kau ni kan ju macam tahu tahu je aku tengah lapar ni .

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now