Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 pagi , tetamu yang ramai tadi sudah mengundurkan diri untuk pulang ke rumah . Tinggal beberapa orang sahaja yang masih berada di kediaman rumah milik Encik Arif dan Puan Athirah . Ye la , kalau semua balik siapa yang mahu membantu untuk melakukan kerja di dalam rumah ini . Walau ada saudara mara sekali pun tetap tak cukup tangan dibuatnya untuk melakukan kerja .
" Ibu , ada apa2 lagi yang along boleh tolong ? " soal Anggun kepada Puan Athirah . Puan Athirah melihat di sekitarnya , hm tak ada apa dah kut . " Ibu rasa tak ada apa dah kut , tinggal nak susun2 pinggan dengan cawan je ni . " ujar Puan Athirah . " Kalau macam tu , along susunkan lah . Sekejap je ni " kata Anggun . " Sudah2 la tu Anggun , banyak sangat dah kamu buat kerja ni . Pergilah berehat , rehatkan badan tu . Seharian kamu tak berehat ni . Apa la pulak pengantin yang buat kerjanya . " ujar Puan Aisyah lebar panjang iaitu ibu saudara Anggun .
Anggun sedikit mengeluh . " Mana boleh macamtu maksu , patutnya pengantin la turun padang tolong mana yang patut . Kalau macam tu semua goyang kaki je la dengan Anggun , takpayah buat kerja " ujar Anggun . Dia bukan apa tak manis la nanti orang kata pengantin tak pergi tolong mana yang patut , goyang kaki saja tahu melayan suami . Mana boleh macam tu , lagipun memang dia sendiri yang mahu menolong . Dia tak kisah sangat apa yang orang kata , cuma ye lah tak manis la kalau tak datang tolong .
Semua yang berada di dapur tertawa kecil . " Haish ada2 sajalah along ni , dahtu kalau semua goyang kaki siapa yang nak buat semua kerja ni Anggun Qairah anak bertuah ?! Dah pergi berehat , ada betulnya juga cakap maksu tu . Rehatkan diri , esok2 pun boleh buat . " ujar Puan Athirah sambil menggelengkan kepala . Semua yang berada di dapur turut tertawa kecil . Anggun hanya tersengih .
" Baiklah mem besar ! anak mu menurut perintah ! " ujar Anggun sambil membuat tabik spring . Puan Athirah hanya menggelengkan kepala , ada2 sajalah anaknya yang seorang ini . " Anggun masuk bilik dulu ye , assalamualaikum . Selamat malam semua ! " ujar Anggun sambil berlari anak2 . Semua di situ sudah menggelengkan kepala sambil tersengih , perangai la pun !
SKIP
Selesai sahaja membersihkan diri , Anggun merebahkan diri ke atas katil . Segala hiasan dan dekorasi aku tidak hiraukan . Sungguh ! Aku penat sekarang ini . Ah nak tidur la ! Baru sahaja memejamkan mata , matanya dicelikkan . Ya allah ! Laki aku , Iyad ! . Aku terus bangun dan mencapai tudung sarung ekspres ku . Jangan dia hilangkan diri lagi sudah la , buat hal betul !
Aku berjalan keluar menuju ke ruang tamu , tak ada pun ! Mana pulak dia pergi ni , takkan lari pergi balik rumah mama kut . Tapi Anggun sedar juga akan kesilapannya , cakap main lepas sahaja . Alah selama ni okay je , sekarang ni nak sensitif pulak . Tengok tu masih nak membela diri sendiri lagi , EGO !
Anggun keluar rumah , ha ayah ! Em nak pergi ke tak eh . Hm pergi je lah ! Anggun berjalan menuju ke arah Encik Arif yang sedang duduk di gazebo . " Ayah " sapa Anggun lembut . " Eh along , tak tidur lagi ? Iyad mana ? Dah tidur ? " soal Encik Arif lembut . Anggun sudah mula menggarukan kepala . " Along ingat nak tanya ayah , tapi ayah pulak yang tanya along . Along ingat ayah dengan Iyad , rupanya tak . Hm " Anggun sudah mula memuncungkan mulut dan menunduk , kecewa barangkali tidak dapat menemukan Iyad . Encik Arif tersenyum , macam budak2 !
" Hi dinda , rindu kanda ya ? " Anggun yang tadi menunduk terus mengangkat kepala . Ya dia kenal benar dengan suara itu dan hm siapa sahaja la yang ingin menggunakan panggilan itu kalau bukan dia dan Iyad sahaja . Anggun mencari pemilik suara itu . Iyad berada di belakangnya ! Anggun terus memeluk jasad itu , lama .
Iyad terkejut ! Dia juga membalas pelukan Anggun " Kaaa-nda ni pergi mana , merata dinda cari tau " rengek Anggun , manja . Nasib tak terlepas cakap kau aku , kalau tak naya je" Err kalau ye pun rindu lepaskan la kanda , nanti sambung dalam bilik . Malu kat ayah sikit , manja betul " ujar Iyad sambil tersengih melihat Encik Arif . Encik Arif menggelengkan kepala , alahai anak ! anak ! " Dah la ayah masuk dulu , mengantuk dah . Jangan peluk Iyad kuat sangat along , lemas dia nanti " ujar Encik Arif lalu berlalu pergi meninggalkan mereka .
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...