46

419 11 1
                                    

Selepas menghantar Anggun pulang ke pejabat , Iyad terus menelefon Aisy.

" Aisy, please cancel semua meeting atau appointment hari ni "

" Baik . Umm if you don't mind , where do you want to go ? "

" Raff place . Just please , do your work and keep your mouth shut "

" No need to worry , Iyad . Its been a long time , i cover you tau " . Ujar Aisy di hujung telefon , ada sedikit tawa halus menghiasi bibirnya . Lucu , macam tak biasa

" Then , okay lah . I should go now " putus Iyad .

Selesai mematikan talian . Iyad terus menukar gear , keretanya meluncur laju membelah jalan raya .

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
" Untunglah kan , suami bawak pergi makan tengah hari . Dah la hensem , berduit jugak tu aku tengok "

Aku senyum senget . Yuzma ni memang meminta lah !

" Banyak lah kau ! " kataku . Langkah diteruskan masuk ke dalam bilik kerjanya . Punggung dihempas di kerusi yang empuk .

Baru sahaja dia hendak melakukan kerja tiba tiba teringat sesuatu . Allah ! Macam mana boleh tertinggal ni ?

Telefon pintarnya dicapai . Nama Iyad dicari dalam panggilan . Sambil menunggu Iyad jawab , Anggun memaki hamun dirinya sendiri . Macam manalah benda penting macam tu boleh tertinggal ? Huwaa purse aku !

Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi , sila cuba sebentar lagi . Okey ini tak lawak , dah kenapa pula si Iyad ni nak off telefon . Selalu tak macam ni pun , ish !

Masalahnya kalau tak ada benda penting nak kena selesaikan , dia tak kisah sangat . Ini dia hutang dengan Zara , hutang tau bukan sedekah ke apa ! Dah janji nak bayar harini pulak tu .

Nampaknya memang dia kena kebalkan muka sekejap lagi jumpa Zara . Ahhh kau ni kan Anggun , kadang ingatan tu kuat sangat kadang tu ish careless betul !

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Langkah kakinya semakin dekat menghampiri meja kerja Zara . Muka dikebalkan semungkin yang boleh .

Kelihatan Zara sedang bersiap siap kemas untuk pulang ke rumah . Office hour telah pun tamat 10 minit yang lalu .

" Err Zara " tegurku .

Zara menoleh sambil tangannya ligat mengemas beg kerjanya .

" Eh Anggun , tak balik lagi ? "

" Err tak , aa-aku nak minta maaf dekat kau "

Zara mengerutkan dahinya sebelum melepaskan tawa .

" Apa mimpi kau datang meja aku semata mata nak minta maaf ni ? Hey cik kak , raya lambat lagi tau ! "

" Aku tak dapat bayar duit sushi haritu . Purse aku tertinggal dalam kereta Iyad masa lunch tadi " ujarku bersama suara yang kendur .

Sekali lagi Zara melepaskan tawanya .

Ya , minggu lepas kedai sushi hujung bangunan yang berdekatan dengan firma itu telah membuat promosi . Siapa je yang nak lepaskan peluang macam tu je ?

Kebetulan pula Zara dan Anggun baru selesai makan tengah hari . Tapi sayangnya , Anggun hanya membawa duit yang cukup cukup sahaja untuk makan tengah hari . Malas bawak handbag katanya .

Sudahnya dia pula rugi . Tapi siapa je yang nak lepaskan peluang macam tu je memandangkan dua dua penggemar sushi . Jadi dia ambil keputusan untuk pinjam duit Zara dahulu .

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now