Seusai menghabiskan " permainan " mereka tadi , Anggun dan Iyad sudah terlentang di atas katil akibat kepenatan . Mana taknya , lama jugak la mereka berkejaran dan membalas sesama sendiri " permainan " mereka itu .
" Dah la yad , ' main ' dengan kau ni boleh buat aku sakit jantung la . Dahaga teruk aku ni " kataku dalam nafas yang masih tercungap - cungap . Begitu juga dengan Iyad .
Aku bangun dari katil , hendak ke dapur . Dahaga bhai terjerit jerit tadi .
" Kau nak pergi mana ? " soal Iyad sambil memandangku . " Pergi dapurlah . Dahaga ni " ujarku malas . " Nak ikut " pohon Iyad sambil tersengih . " Tak payah la , mengada . Ish lantak kau la , kalau aku larang kau pergi jugak kan " jeling aku kepada Iyad . Lantak la !
" Kau ni macam mak nenek la , nak ikut pun salah . Kau ingat kau sorang je ke yang dahaga ? Penat ? Aku ni la yang extra penat tau tak kejar kau tadi " Ujar Iyad .
Aku sudah menonong keluar dari bilik , malas nak dengar bebelan Iyad pagi2 buta ni . Macam perempuan ! Lampu dapur aku buka . 2 Gelas aku ambil , air mineral botol aku tuang ke dalam gelas . Hm satu lagi tu untuk mamat sengal tu la sebelum dia bukak mulut suruh aku ' serve ' kan air untuk dia macam putera raja , baik aku tuang siap2 .
" Angg-uun " panggil Iyad yang sudah terpacul di tepi aku . " Shuhhh " aku meletakkan jari di bibir Iyad , menyuruhnya supaya senyap . Kemudian aku menghulurkan air , nak minum pun tak senang ! " Err okey terima kasih " ujar Iyad teragak agak . Dia meneguk air di dalam gelas itu . Ahh leganya !
Dalam masing2 sedang senyap melayan perasaan sendiri sambil meneguk air . Arsyad berada bersama dengan mereka . Aik pengantin baru tak tidur lagi ? Pelik ! Haih senyap je kakak aku dengan Iyad ni . Tegur je la ! " Hoi " sergah Arsyad dari belakang .
Iyad berpaling melihat gerangan siapakah yang membuatkan Anggun dan dia terkejut . Mujur saja gelas di dalam pegangan tangan tidak terlepas . Kalau tidak memang buat sesi berkemas la jawabnya tengah malam ini . Anggun pula sudah mengurut dada yang masih lagi dalam keadaan terkejut . Gelas sudah di letakkan di atas meja . Bongok punya Angah !
" Kau kenapa ni !? Tak ada kerja lagi ke nak buat dari buat along sakit jantung ? Kau nak aku mati ke Angah ? " marah aku . Arsyad sudah tertawa . " Rilek la along , sergah sikit je pun . Tu pun nak terkejut over sangat . Cuba Along tengok abang ipar angah yang hensem ni , steady je cool je " ujar Arsyad masih lagi bersisa tawanya .
Anggun sudah menunjal kepala Arsyad . " Cool kepala hotak kau ! Yang kau tak tidur lagi ni kenapa ? "
" Halah along ni , tak sporting la . Along ni macam tak kenal je Angah ni . Dah alang2 Amirul datang ni , lepak ah " ujar Arsyad lalu mengambil gelas dan air oren di dalam peti sejuk .
Anggun menjulingkan mata . Kau dengan Amirul tu pergi kahwin je lah ! Asal ada je Amirul , melepak !
Iyad tersenyum nipis " macam2 la kau ni Arsyad ! Nasib kakak kau ni tak ada sakit jantung . Kalau tidak habis la aku malam ni nak tidur peluk siapa . "
Arsyad sudah bantai gelak . " Mengada la kau Iyad . Eh kau tu dah kahwin dengan kakak aku , panggil je aku Angah . Aku panggil kau abang long . Dah jadi satu family dah kan ? Okey tak " soal Arsyad bergurau . Iyad hanya tertawa .
" Suka hati kau la Arsyad eh Angah hahaha " . Anggun yang berada di antara mereka hanya membatukan diri . Malas nak sembang , dia mahu tidur .
" Dah ah along dah diam tu , aku bawak isteri aku ni masuk bilik . Bye " Iyad perasan akan wajah Anggun yang kelihatan sudah mengantuk . Kasihan pula dia melihatnya .
SKIP
Aku ingin berbaring ke atas katil . Belum sempat menarik selimut , Iyad menghalang . " Kau nak tidur dah ke ? " soal Iyad .
Aku hanya menganggukkan kepala . Tiba2 tangan aku ditarik . " Apa lagi ni Iyad Mujahid ? Aku nak tidur , Kau ni tak penat2 ke ? "
" Aku belum mengantuk lagi , teman la aku " rayu Iyad . Anggun sudah memasamkan mukanya " Eii aku ni dah la .. " belum sempat meneruskan kata2 aku , Iyad berkata " Shuhh dah bangun la kau pergi ambil air wudhuk dulu "
" Kalau aku taknak ? " soal aku berani . Iyad tersenyum gatal . " Aku cium kau . "
Aku terus mencelikkan mata " Kau ni kan ! " Aku bangun dari katil , hendak ke bilik air .
" Tak baik tau tinggikan suara dekat suami ! " Jerit Iyad dari luar . " Fyi , tak baik jugak gunakan kuasa veto sebagai seorang suami ! " jerit aku dari dalam .
Iyad tersenyum suka . Ya murahnya dia dengan senyumannya itu .
SKIP
Kini mereka berdua dalam berkeadaan berwudhuk . Anggun memakai telekungnya , senjata utamanya agar wuduknya tidak batal . Kerana baru sahaja 10 minit yang lalu Iyad mengacahnya untuk membatalkan air wuduknya .
" Kita nak buat apa ni ? Nak solat taubat ke ? " Aku kerling jam yang terletak di jam dinding . Hm dah 2:37 pagi .
Iyad tidak menjawab pertanyaan aku malah dia mengambil Alquran terjemahanku yang berada di atas meja kecil . " Malam ni , aku nak kau ingat sampai bila2 . Tak kisah la sama ada kau dan aku nanti bakal hm aku taknak la cakap sebab aku memang taknak benda ni terjadi pun . "
Aku hanya tekun mendengar bicara Iyad . Mata tiba2 menjadi segar bugar . Aku faham apa yang Iyad katakan , ya dia tidak mahu kami berpisah walaupun kemungkinannya selalu ada .
" Aku tahu perkahwinan kita ni tak macam pasangan yang lain . Tak macam perkahwinan yang kau impikan . Pasal hal tu aku minta maaf , aku ego . " sambil Iyad berkata , dia membuka beberapa helaian muka surat .
Aku hanya memperhatikan perbuatannya dan menjadi pendengar yang setia .
" Aku takkan paksa kalau kau taknak Anggun , jadi daripada aku tunggu kau untuk penuhi kemahuan aku sebagai seorang suami , baik aku ajak kau faham sama2 maksud ayat dalam Alquran ni at least dapat jugak kita pahala " ujar Iyad sambil tersengih .
Menyempat ye mamat ni ! Haish .
" Dah tak payah kutuk aku , jom baca dan fahamkan "
Aku hanya menjeling . Dalam hati aku mengucapkan syukur , Iyad tak macam lelaki lain . Dia faham aku .
SKIP
Aku merebahkan diri di atas katil . Mata sudah rabak dan layu ingin tidur . Telekung di kepalanya dibiarkan ." Anggun , bukak la telekung tu dulu kalau ye pun nak tidur . Aku faham kau penat , tapi bukak la dulu telekung . Kalau kau tknk tunjuk rambut kau tu , pakai la selendang ke apa ke . Tak adalah rimas " Iyad mula membebel .
" Shuhhh dah aku dah malas nak dengar kau bebel . Takpayah risau , aku tak mati pun tk bukak telekung . Kau tak penat ke ? Sini tidur . "
Aku dah malas nak dengar Iyad membebel , penat . Penat nak marah dah . Aku bangun pergi ke arahnya lalu menariknya baring ke atas katil . Jam dikerling , lagi satu jam nak masuk waktu subuh ni . Baik aku tidur dulu sementara menunggu untuk solat subuh .
Iyad hanya senyum senget . Perangai Anggun yang satu ini , memang tak kisah apa dah apa yang berlaku di sekelilingnya itu . Janji dia dapat apa yang dia nak . Macam sekarang ni la , nak tidur . Iyad membetulkan perbaringannya , akal tiba2 dapat satu idea . Agak2 acah nak cium kena marah tak ?
Belum sempat Iyad mahu mendekati Anggun . Anggun memberi amaran dan meletakkan bantal peluk panjang sebagai gap mereka .
" Baring diam2 , jangan gatal nak dekat2 "
Iyad tahan lucu . Ye la makcik !
" Tapi kan bukan berdosa ke tidur membelakangi suami ? Berdosa tau "" Iyad !! "
" Okay la tidur la haha " Iyad gelak besar .
Harap esok lebih baik daripada hari ini .
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...