32

314 5 0
                                    

Bisu . Itulah yang sedang terjadi sekarang di antara kami . Iyad fokus dengan pemanduannya . Aku pula hanya pandang jauh ke luar tingkap .

Bila tersedarkan hala tuju untuk ke rumah Iyad sedikit melencong . Aku terus memandangnya .

" Kita nak pergi mana ni ? Bukan rumah kau lalu jalan tadi ke ? " tanyaku kehairanan .

Iyad memandangku .
" Kita pergi beli barang keperluan rumah sekejap . Rumah aku tu bukannya ada bahan untuk dimasak . Aku tak nak la orang tu bising sebab kebuluran nanti . Tak ada masa aku nak keluar balik beli barang " terang Iyad panjang lebar .

Aku mengangguk seraya menjelingnya apabila mendengarkan hujung ayatnya itu . Kalau sehari tak bagi aku sakit hati memang tak sah kan !

••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
" Anggun , dah la tu . Tak bagus la makan jajan semua ni . Ha coklat pulak . Hei letak balik ! Apa ni ? " bebel Iyad sendirian .

Aku hanya membiarkannya membebel . Malas mahu melayan . Diam lebih baik bukan ?

Aku terus ke ruangan aiskrim . Kemudian aku capai beberapa jenis aiskrim yang berlainan .

" Kau ni ada masalah pendengaran ke ? "

Langkahku terhenti . Kemudian pusing badan menghadapnya .

" Kau dengan aku pun nak berkira kan ? Tadi bukan kau ke yang cakap takut aku ni nanti kebuluran ? Aku tengah usaha nak simpan stok makanan la supaya aku tak kebuluran nanti "

Perkataan kebuluran ditekan . Kemudian dia menyambung .

" Kenapa ? Kau takut aku kikis duit kau ? Aku tak nak pun la duit kau tu . Aku ada duit sendiri . Aku boleh bayar sendiri . Kau simpan je la duit kau tu "

Usai menghabiskan kata , aku terus meneruskan langkah .

Iyad mengejarku

Iyad mengejarku . Kemudian bahu aku dipegang

" Hei apa ni ? " marahku
" Yang kau nak emo sangat ni kenapa ? Aku cuma cakap semua makanan ni tak bagus untuk kesihatan kau . Kau tak pernah dengar ke orang marah tanda sayang ? Aku ni risaukan kau . "

Aku pandangnya lama .
" Aku belum nak mati pun lagi Yad . Kau doa je la semoga aku ni dipanjangkan umur " bidasku sarkastik .

Iyad sudah mengelengkan kepalanya . Emosi benar isterinya ketika itu . PMS ke ?

" Kau ni tengah PMS ke ? " tanya Iyad .

Mukaku merah . Diam menjadi jawapannya . Makanan ringan yang ku ambil tadi diletakkan kembali di tempat asal .

Iyad yang melihatnya melepaskan keluhan . Tangannya menangkap tangan Anggun dari terus meletakkan makanan ringan itu kembali .

" Ambil lah . Untuk kali ni je " putus Iyad

Aku menyembunyikan senyum . Finally !

" Dah jom tengok bahagian barang basah . Tak kan nak makan coklat je malam nanti . "

Aku mengerutkan dahi . " Err tengah hari ni aku tak payah masak ke ? "

" Tak payah . Banyak benda nak kena kemas kejap lagi . It's only for today sweetheart " kata Iyad sambil meletakkan satu plastik yang berisi ikan ditimbang tadi ke dalam troli .

Aku ukir senyum . Tak apalah dapat juga dia rehatkan tangan untuk dikerah tenaga sekejap lagi mengemas barang miliknya untuk dipindah masuk ke dalam rumah Iyad .

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
" Hello polis ! Sila tangkap orang yang masih tidur tengah tengah hari macam ni "

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now