Sudah hampir dua minggu . Iyad & Anggun tidak berjumpa , tidak bertegur sapa . Bagi Anggun , tiada masalah untuk tidak brjumpa dngn Iyad . Dia menyibukkan diri dngn kerja , walau hujung minggu pun ! Tetapi , Iyad sebaliknya . Hatinya meronta ronta untuk menghubungi gadis itu , namun dipesan juga pada hatinya agar akur dngn keputusan gadis itu . Menghormati keputusan Anggun . Tidak mahu memaksa .
Iyad terima jika Anggun menolaknya . Tapi Iyad tidak bleh terima jika mereka berterusan seperti begini . Seperti orang asing ! Prnh juga mereka terserempak , tpi buat2 tk tahu saja.
Waktu lunch sudah tiba . Anggun mengerling telefon pintarnya . Seakan akan menunggu mesej dripda seseorang . Atau seseorang itu dengan lebih tepat lagi adalah Iyad , Iyad Mujahid. Dia akui , dia rindu lelaki itu . Rindu mahu berbual , rindu mahu makan bersama . Tapi rindu dia hanya sebagai kawan , tidak lebih .
Keluhan kecil di lepaskn . Ya , dia rasa ruang & masa yang dia perlukan tidak pernah akan cukup . Sampai bila dia mahu mengelak daripada lelaki itu . Tas tangan dia capai , mahu mengajak Yuzma dan Safia keluar makan . Sepanjang 2 minggu ini , mereka lah yg makan bersama Anggun . Mula2 mereka pelik , ye la selama ni lunch dngn Iyad . Skrg dngn mereka pula , persoalan itu trgntung sepi . Malas mahu brtanya .
SKIP
Selesai makan malam , Anggun terus masuk ke dalam biliknya . Novel2 baru yg elok trsusun di dalam rak , dicapai dan dibaca . Anggun suka membaca novel , tpi novel cinta . Ahaks . Dia selalu mmbayangkan heroin dlm novel itu adalah dia . Kikiki . Mempunyai kehidupan yang ada masam manisnya . Seperti dia dngn Iyad , Eh ttbe !Dia berhenti mmbaca , teringatkn Iyad . Nafas dihela prlahan . Sampai bila ? Sampai bila dia mahu menjauhkn diri . Dia mahu hubungan mereka kembali seperti biasa , tetapi ego menguasai dirinya . Jam di dinding dikerling . Sejadah dan telekung dipandang . Tiba2 mahu membuat solat istikharah . Dipohon doa agar diberikan petunjuk , diberikan jawapan yg tepat .
Sesudah mengaminkan doa , Anggun mencapai telefon . Mahu menghantar mesej . Nama Iyad ditekan , dia tidak tahu kenapa . Satu saat , dua saat , tiga saat ... Send ! mesej kpda Iyad dihantar .
•••••••••••••••••••••••••••••
Ting ! Bunyi itu mematikan lamunan Iyad . Dengan malas dia memeriksa noti dari entah siapa2 . Matanya terus membulat , seakan tidak percaya . Mesej itu dibaca berulang kali , mahu menghadam setiap perkataan itu . Dia tidak menyangka yang gadis itu menghantar mesej itu sebegitu rupa . Disangkanya yang Anggun akan terus menjauhkn dirinya dan memarahinya.Anggun🌸: Beri aku masa . Nnti kita jumpa
Iyad tidak mmbalas mesej itu . Barangkali masih terkejut . Sebuah senyuman terukir akhirnya . Senyuman bahagia. Senyuman yang boleh buat para2 gadis cair . Tapi mungkin lebih dari itu !
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomantizmOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...