" Lamanya panggil suami " perli Arsyad . Aku hanya buat tak tahu . Malas layan perangai sengal Arsyad yang satunya ini . Buat sakit hati kadang kadang kalau melayannya .
Kerusi di meja makan aku tarik . Laparnya ! Tangan mula melakukan kerja . Buat apa yang patut sebelum memberi makan kepada perutnya yang membuat konsert itu tadi .
Baru sahaja aku mahu menadah tangan membaca doa makan , Ibu bersuara . " Iyad mana along ? ". Baru sahaja aku mahu menjawab , tuan punya badan sudah muncul . Aku kembali pada perbuatanku kembali . Tidak mempedulikan apa yang berlaku . Lapar tahu ?!
Iyad tersenyum manis apabila namanya diseru oleh Puan Athirah . " Duduk la abang . Makan sekali " jemput Aflah , mesra . Iyad hanya menganggukkan kepala . Aku yang sedang menikmati makanan itu dipandang . Aku pandang dia , Dia pandang aku . Tak faham .
" Along ... " panggil ibu meleret . Aku mengeluh sedikit . Okay fine ! Sudu dan garpu di tangan di letakkan . Bersedia untuk berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri . Aku mengambil pinggan dan mencedokkan bihun goreng itu . " Cukup ? " soalku . Iyad hanya menganggukkan kepala . Air teh dituang ke dalam cawan . Kemudian dihulurkan pinggan dan cawan itu kepada Iyad . Iyad hanya mengambilnya .
Arsyad hanya menjeling dan menggelengkan kepala . Seakan tidak menyangka layanan aku kepada Iyad . Aku membalas jelingannya . Kenapa semua nak marah ni ?!
Baru sahaja aku ingin menyambung kembali makan . Encik Arif muncul . Dia menyapa kami hanya dengan senyuman manisnya . Walaupun sudah dimamah usia , wajahnya yang terhias dengan senyuman manis itu mampu membuatku senang melihatnya . Kalau lah aku boleh peluk dan beritahu ayah yang aku sayangkannya .
Entahlah , kisah hidupku agak sulit sedikit . Walaupun hubungan aku dengan ayah baik baik sahaja aku masih merasakan yang kami dekat tapi jauh . Maksud aku keadaan hubungan kami yang renggang . Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan satu kesilapan yang pernah aku lakukan dulu . Malukah dia kerana memiliki anak gadis seperti ini ?
Wajarkah aku cakap hubungan kami renggang disebabkan aku pernah memukul , menendang anak teman rapatnya . Aku bukan sengaja dan saja sajaberbuat sebegitu . Anak teman rapatnya yang memulakan dahulu .
-FLASHBACK-
Aku sedang menyisip kopi sambil melihat sekitar kafe yang kali pertama aku masuk ini . Sebab aku ada di sini ialah kerana menemani ayah berjumpa bersama rakan sekerjanya . Mungkin kerana hal kerja .Kebetulan ketika itu aku memang keluar bersama ayah untuk survey laptop . Maklumlah pelajar universiti memang akan memerlukan penggunaan komputer riba atas dasar kerja tertentu yang diberikan . Lagi pula komputer ribaku itu buat hal . Kejap hidup segan mati tak mahu . Jadi sudahnya aku membuat keputusan untuk membeli komputer riba yang baru .
Selepas itu tiba tiba pula rakan ayah , Encik Fuad mengajaknya untuk berjumpa . Ayah pula memberitahuku untuk bertemu dengan Encik Fuad sebentar . Aku pula hanya okey , sebab sekejap je kan .
Tak sangka pula Encik Fuad pun membawa anaknya juga . Sebaya denganku juga mungkin . Ayah menyuruhku untuk duduk di meja yang lain , katanya risau kalau kalau aku bosan dan mahu melakukan sesuatu . Aku okey je .
Tiba tiba sahaja seseorang yang baru ku kenali tadi menghampiri . Tanpa dipelawa , dia terus duduk di kerusi yang bertentangan denganku . " Hi sorang je ke " soalnya . Aku tayang muka pelik . Pandang kiri dan kananku . Nampak macam aku ni tengah duduk dengan kawan ke . Aku diam . Malas layan .
" Saya Naim . Awak ? " dia menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku . Aku hanya terus menyisip kopi yang masih berbaki . Menandakan yang aku malas melayannya . Dia ingat aku nak sambut ke tangan dia tu !?
Dia menarik tangannya kembali . " Sombongnya " kata Naim berbaur sindiran ."Pervert " Bibirku diangkat sedikit . Senyum sinis . Dia dah masak sangat dengan perangai lelaki macam Naim ni . Gatal tak dibawa bincang .
Aku lihat Naim hanya menayang senyum gatal . Agaknya dah selalu kena dengan perkataan yang dihamburkan oleh aku itu . " You are different . I like it . Mesti seronokkan kalau u dengan i em you know like sleeping together . Seksi , garang . " Lelaki itu memejam mata . Membayangkan sesuatu agaknya .
Aku tahan diri . Sabar Anggun ! You know your worth ! Aku tayang wajah selamba . Merenung perbuatan lelaki itu lalu senyum sinis lagi . Kemudian aku bermain telefon .
" Wow it seems like you are not rejecting me right ? Impressed ! " kata Naim , senyumannya sekarang ini tak ubah seperti perogol bersiri . Aku malas layan , terus bermain permainan aplikasi candy crush di telefon pintarku .
Tiba tiba aku merasakan seolah olah satu kaki cuba untuk menggesel geselkan kakinya ke betisku perlahan lahan . Lalu satu tangan yang mengusap lembut tangan dan jari jemariku . Aku membuntang mata .
Aku bangun . Dan terus menampar pipinya lalu mengaplikasikan seni pertahanan diri yang aku tuntut pada satu masa ketika dahulu . Tendang , sepak , pukul dan hantukkan kepalanya dimeja dan bermacam macam lagi perbuatan yang aku lakukan . Padan muka kau ! Segala caci dan maki aku hamburkan " kurang ajar punya jantan ! " jeritku . Puas hati aku !
Dan sudah semestinya lah semua kepala terarah kepadaku . Menarik perhatian mereka . Aku peduli apa ? Takkan nak biar orang buat diri sendiri macam tu . Bodoh ke apa ?! Aku tumbuk wajahnya . Lelaki itu mengaduh kesakitan . Encik Arif dan Encik Fuad yang menyedari tentang keadaan itu terus berdiri dan pergi mendapatkan anak masing masing .
" Anggun Qairah ! " jerit Encik Arif . Perbuatanku tadi terhenti . Memandang Encik Arif . Encik Arif merenung tajam ke arahku . Aku merenungnya kembali seolah mencabarnya . " Kenapa ni ? " soal Encik Fuad pula , keras . Ingin tahu apa yang menyebabkan perkara sebegini berlaku .
Aku memandang Naim . Dia menyentuh bibirnya . Sedikit berdarah . Kuat juga penangan seorang Anggun Qairah tadi . " Tanya anak pakcik ni apa yang dia dah buat pada saya " lantang aku bersuara . Tidak gentar untuk memberitahu perkara sebenar .
Encik Fuad memandang anak lelakinya . " What have you done to her Naim ?! " tanya Encik Fuad , kuat . Naim hanya menunduk . Tidak berani untuk menyatakan hal yang sebenarnya terjadi .
" Senang macam ni lah , biar saya yang cakap . Anak pakcik cuba ajak saya tidur dengannya . Bukan itu sahaja . He tried to do something bad to me , Encik Fuad . Is it my fault for not doing anything and letting your son do it willingly ha ? " kataku keras , penuh kebencian . " Betul ke ni Naim ? " soal Encik Fuad kasar . Naim hanya diam tidak berkutik .
Tiba tiba satu tamparan hinggap di pipiku . Terasa pijar . Terkejut setelah melihat gerangan siapakah yang menamparku . Kepalaku sedikit ke kanan , kemudian dialihkan pandangan . Ayah . Ayah tampar aku .
Aku terkaku . Keras badanku . Tidak menyangka . Tangan dibawa ke pipi , pedih . Tapi lagi pedih hatiku . Tanpa sedar air mataku jatuh . Tapi sikit pun aku tidak mengeluarkan suara seperti orang berteriakan . Pengunjung di kafe itu hanya cuma menjadi tontonan drama sebabak ini . Mereka juga turut terkedu .
Masih salahku lagikah walaupun aku cuba mempertahankan diri aku sendiri ? Aku mengelap kasar pipiku . Tak mahu nampak lemah . Encik Arif juga cuma diam dan berdiri kaku . Melihat perilakuku . Malu kah dia mempunyai anak seperti aku ? Walaupun bukan salah aku ?
Aku mengambil beg sandangku di kerusi meja itu . Kaki mengatur lamgkah untuk keluar dari kafe itu . Hala tuju tidak pasti mahu kemana . Yang pasti aku mahu keluar dari tempat itu .
-ENDFLASHBACK-
- hi korang ! tolong lah support mak 😢 vote okay ? silent reader je semua . sedih tauu . ok la macam biasa memang semua bab cerita ni tatabahasa dah melalut jadi ampunkan saya . terimalah bab tak sempurna ini ! bye muah💜
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...