Aku mengambil lagi sepotong pizza . Begitu juga Iyad . Aku menjelingnya yang berada di sebelah . Nak masak tak bagi ! Huh biar padan muka semua jenis pizza aku order .
Ingatkan nak marah , boleh pulak dia perli cakap yang dia taknak kedekut dengan isteri . Nanti rezeki susah nak masuk . Ingat dia lupa ke kejadian dekat pusat beli belah haritu
Selesai makan malam ekspres mereka itu , Anggun mengemas dapur dan menyusun kembali beberapa barang ke dalam kabinet . Iyad pula sedang menonton televisyen .
Remote tv di tangan dimainkan . Tiada cerita yang menarik malam ini . Apabila puas memainkan jari di remote tv , dia ke almari kaca untuk melihat kalau2 ada cd game yang best untuk dimainkan .
Tidak semena mena fokusnya teralih kepada beberapa album yang tersusun di dalam almari itu dibahagian bawah . Lama dia memandang sebelum mencapai beberapa album bersederhana besar itu .
Album yang sedikit berhabuk , digosok . Lama sangat " memori " itu bertapa di dalam almari itu . Kemudian dibawa album itu ke sofa yang didudukinya tadi .
Helaian pertama diselak . Gambar mereka sekeluarga . Lengkap . Tiada kurang seorang pun .
Air mata yang keluar secara tiba tiba , diseka secepat mungkin . Dia harus kuat , tak boleh lemah . Sudah ketentuan-Nya sebegitu rupa . Dah lama dia terima Qada dan Qadar Allah .
" Iyad " panggil Anggun perlahan sambil pegang bahu Iyad lembut . Dianya yang tadi rasa nak marah sebab Iyad alihkan beberapa barangan di dapur terus rasa serba salah . Ya , dia tak patut memperbesarkan hal yang kecil dan remeh seperti itu .
Dia sedar yang Iyad lebih terasa kehilangannya berbanding dia yang masih mempunyai keluarga yang sempurna . Dia patut bersyukur tentang itu .
" Aku rindu arwah Izdiyan dan Imtiyaz , Anggun " luah Iyad perlahan . Ya , Izdiyan dan Imtiyaz adalah adiknya selain Iman . Mereka berdua ialah kembar .
Mereka berdua terlibat dalam kemalangan dahsyat ketika perjalanan pulang dari KLIA ke rumah besar milik keluarga mereka .
Anggun kelu . Tidak tahu mahu memujuk bagaimana . Dia segera duduk disebelah Iyad dan menggosok perlahan belakang badan milik Iyad . Matanya tertancap pada helaian pertama album itu .
Gambar mereka sekeluarga di Hari Raya . Dia juga ada di situ bersama keluarganya . Menziarah jiran tetangga .
" Kalau aku tak halang betul betul , mesti adik adik aku hidup lagi Anggun . Keluarga aku lengkap . Sempurna . Ini semua salah aku " . Iyad sudah mula menyalahkan diri sendiri .
-FLASHBACK-
Telefon yang asyik berdering meminta untuk diangkat itu mengalih perhatiannya daripada Macbooknya dan kerjanya itu .Tidak semena mena , bibirnya mengoyak senyum lebar . Izzdiyan . Belum sempat dia mengesek ikon hijau itu ditelefon pintarnya , panggilan itu terhenti sendiri . Tak lama kemudian nama Imtiyaz pula tertera di skrin Iphonenya itu .
Iyad tertawa kecil . Tak sabar sabar betul dua budak bertuah ini . Kini panggilan itu dijawab .
" Berapa puluh kali Im dengan Izz ni nak kena call kau bang ? Sampai habis bateri ke ? " serang Imtiyaz di corong telefon itu .
Iyad tertawa kecil . " Lek ah Im , abang tengah buat kerja tadi . Tak perasan Im dengan Izz call . " kata Iyad .
" Woi ! Long , kami naik balik teksi la . Mereput kami camni tunggu kau ambil " jerit Izdiyan mencelah .
Iyad menepuk dahi sendiri . Macam mana dia boleh lupa Izz dan Im balik Malaysia harini ? Ya allah !
Dia sudah berjanji untuk mengambil si kembar tu di airport . Aduhai , benda macam ni pun boleh lupa ke Iyad Mujahid ?
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...