29

267 8 2
                                    

Senyap . Ya itulah yang sedang berlaku di antara kami . Iyad fokus dengan pemanduannya . Aku pula hanya merenung di luar tingkap kereta .

Terasa seperti lama pula perjalanan untuk kembali ke rumah ibu bapanya kali ini . Kejadian peluk dan sesi meluah perasaan tadi menjengah di kepalanya buat seketika . Seakan akan mengulang tayang lagi .

Janggal . Itu yang aku rasakan sekarang ini . Ah lagi lama aku fikir , makin menjadi jadi la pula ! Aku membuat keputusan untuk berdiam diri . Ulang tayang sebabak itu cuba diusir jauh .

" Iyad , boleh tak kita berhenti sekejap ? I need my coffee " . Pintaku . Baru dia teringat , dia tak minum kopi lagi untuk hari ini . Patutlah rasa lemau semacam .

" Okey "

Saki baki kopi disisip lagi sampai habis . Iyad hanya merenungku . Aku pula yang jadi tidak selesa . Kami duduk di tempat yang agak tersorok dari orang ramai . Untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu , aku mencipta perbuakan .

Aku berdehem . Membetulkan suara .
" Err yad , kau cuti kahwin berapa lama ? " soalku . Baru teringat nak bertanya . Lagipun rasanya nak cuti lama pun tiada masalah baginya . Maklumlah jawatan tinggi . Lagi pula kamceng dengan boss sendiri pula tu .

" Seminggu " jawabnya ringkas . Aku mengangguk tanda faham . Liur ditelan . Nasib baiklah aku ni bertudung . Kalau tidak pasti Iyad dah nampak dia duk telan liur banyak kali .

" Are you done ? Let's go home " ujar Iyad tanpa meminta persetujuan dariku . Nasib baik kopi dah habis . Baru sahaja mahu mengangkat punggung . Aku terduduk kembali .

" Eh kejap ! home tu rumah kan . Rumah kau ke ? Er arr aku bukan taknak . Ha aku tak bawak baju ! Lagipun barang2 aku banyak kat rumah ibu dan ayah . Esok esok je lah ya ? Kesian ibu nanti risau anak dia tak balik balik lagi " ujarku panjang lebar , sedikit cemas .

Iyad cuba menyembunyikan senyumnya . Dia terhibur dengan sikap Anggun yang nampak seperti minah gelabah itu .

" Tak apa , esok kita balik lah . Kau nak risau apa ? Ibu takkan risau punya sebab kau bukannya tinggal dengan orang lain pun . Dengan aku juga , suami kau . Lagipun rumah ibu dengan rumah aku bukannya jauh sangat pun " kata Iyad . Dia cuba tahan senyum .

Aku sudah mula menggigit bawah bibir . Tidak tahu mahu memberi alasan apa lagi .

Iyad yang nampak perilaku aku itu terus mengalih pandangan . Bibir merahnya diketap sedikit . Tangan digenggam erat . Menahan rasa mungkin .

Kemudian dia pandang aku kembali . " Don't you ever do that again . "

Aku pandangnya dengan wajah blur . Tak faham .

" Dah jom balik . Jangan risau , kita balik rumah ibu dan ayah " putusnya kemudian bangun dan meninggalkanku di belakang . Aku hanya membuntutinya .

••••••••••••••••••••••••••••••
Bunyi dari sudu dan garpu terhasil dengan kuat . Semua orang dimeja makan itu senyap . Ayah memecah kesunyian yang melanda .

" Ha Iyad , Anggun . Kamu berdua ni cuti sampai bila ? " . Soal Ayah sambil memandang aku dan Iyad silih berganti .

" Cuti seminggu je ayah . Banyak kerja di pejabat yang perlu diselesaikan . Ada meeting penting yang memerlukan saya untuk turut hadir sama ke mesyuarat itu . " beritahu Iyad sambil senyum nipis .

Encik Arif mengangguk faham . Kemudian pandangannya teralih kepadaku yang masih fokus dengan makanan .

" Kamu pula along ? Cuti sampai bila ? " soal Ayah kepadaku pula . Aku pandang wajah tuanya . Ada secebis rasa yang terselit . Rindu ?

" Hai along . Kalau ye pun seronok dating dengan abang yad tadi , tak payah la sampai lupa berapa hari cuti kahwin sendiri . " sindir Aflah . Dia sambung makan dengan wajah selambanya . Arsyad di tepi Aflah hanya tersengih suka . Ibu pula hanya mengelengkan kepala . Tanda sudah penat mahu menasihati 3 beradik itu supaya jangan cari gaduh . Tetap juga dibuatnya . Ya allah !

Aku menjegilkan mataku kepada dua budak bertuah itu . Kemudian pandangan teralih kepada Ayah . " Er along cuti seminggu tapi CikZam bagi along cuti extra dua hari lagi . " kataku kepada Ayah . Ayah memberikan reaksi yang sama . Hanya angguk sahaja .

Dia dapat cuti extra dua hari pun sebab CikZam kata dia jarang claim cuti . Hujung minggu pun masih email kepadanya tentang kes2 terbaru . Lagi pula kerja kerja dengan client juga sudah selesai . Tiada apa yang perlu dirisaukan . Kalau hal kecil2 itu dia boleh paskan kepada orang lain untuk diselesaikan .

Itu sebablah dia menjadi kesayangan CikZam . Tidak merungut . Komitmen dengan kerja dan lain2 . Yang lain bukannya tidak menjadi kesayangannya . Mereka juga hebat2 tetapi mungkin Anggun lebih pandai bab mengendalikan masalah .Dia akan cuba menyelesaikan masalah itu dengan pelbagai cara .

" Kamu berdua ni bila nak pindah masuk rumah sendiri ? Ibu bukan apa , takut lah privasi kamu berdua terganggu . Dua budak bertuah ini bukan boleh diharap . Tidur bukannya awal . Kaki tu tak reti duduk diam . Ada sahaja yang nak dibuatnya . Pergi dapur tengah malam la . Lepak kat ruang tamu lah apa lah . " ujar Ibu panjang lebar kemudian dia menyambung

" Lagipun ibu terdengar bunyi kucing jantan dan kucing betina bercakaran . Takut terkejut pula . Kuat juga dia menjerit " beritahu Ibu kepada kami berbisik . Cukup untuk aku dan Iyad dengar .

Muka ku mula merah . Malu . Ibu dengar aku terjerit jerit dalam bilik semalam . Aduhai tapi lain pula yang diingatnya . Bukan bagi ibu cucu lagilah ! Jerit hatiku .

Iyad di sebelah sudah tersengih sengih . " Ibu , Yad rasa tahun ni juga ibu dapat cucu " kata Iyad dengan selamba .

Puan Athirah sudah mula teruja . " Wah betul ke ni Yad ? Tak lama lagi ibu merasa la timang cucu sendiri . Alala mesti comel ikut nenek dia kan . " berangan Ibu .

Aku sudah menepuk dahi . Apa salah aku ? Aku menggelengkan kepala . Muka merah dah tak dihiraukan . Iyad cakap macam aku ni kilang buat anak ya ? Amboi amboi sesedap rasa dia aja ya ?!

" Thirah , dah la tu . " Encik Arif cuba menghentikan usikan dari Isterinya itu . Ada sahaja la isterinya ini . Bila Arsyad dengan Aflah usik Anggun , dia tahu pula marah . Tak faham

" Alah abang ni , salah ke saya pasang angan angan ? Bukannya saya sorang je rasa nak timang cucu . Abang pun sama kan " kata Puan Athirah .

" Suka hati awaklah thirah " . Encik Arif mengalah . Malas nak bertekak .

" Yeay tak lama lagi kami dapat anak saudara ! Tak sabarnya . Alala mari sini dekat pak ngah sayang ! " Arsyad acah acah membuat lakonan aksi menyambut anak saudara versinya sendiri .

" Eh apa pula pak ngah dia ? Dengan maksu dialah ! Mesti anak saudara aku bangga ada maksu yang comel dan cantik macam aku ni . Limited edition tau . " puji Aflah sendiri .

Aku menepuk dahiku lagi . Ah sudah ! Tak sampai 2 hari lagi mereka jadi suami isteri . Tapi lagak diusiknya seperti sudah berkahwin 2 tahun . Tolong aku ! Iyad sengih lagi .

DISCLAIMERS : BAB NI AKU MERAPU FT MENGANTUK MAMAI SEMUA ADA PASTU PENDEK . SORRY ! MUAH 💋

ABANG , YOU ARE MINE !Where stories live. Discover now