Selesai sahaja tengok wayang , kami terus ke restoran untuk mengisi perut yang sudah lapar . Bak kata Iyad " Let's feed our angry tummies " Haha .
Kami senyap . Hanya makan dan melayan perasaan masing2 . Selesa sebegitu . Sehinggalah Iyad memulakan bicara .
" Lepas ni jom pergi satu tempat lagi " ajak Iyad bersama senyuman .
Aku memandangnya . " Nak pergi mana ? " . Jam dipergelangan tangan dipandang . Dah pukul 5.30 petang . Asar dah masuk .
" Secret " ujar Iyad pendek sambil mengeja huruf satu persatu .
Aku mencebik . Suapan terakhir Nasi Goreng Kampung disuakan ke dalam mulutku . Air sirap bandung disedut . Nikmat betul .
" Kau dah habis makan kan ? Jom solat asar dulu " ajak Iyad sambil kerling jam di dinding restoran .
Aku hanya mengangguk tanda setuju .
Usai mengerjakan solat asar di surau . Kami terus kembali ke kereta untuk menuju ke destinasi seterusnya .
Aku pandang luar tikap . Lama2 mataku mula mengecil . Aku menguap . Mengantuk la pulak . Iyad di sebelah dipandang . Dia kusyuk dengan pemanduannya .
" Aku tidur kejap eh . Dah sampai kejut aku " beritahuku .
Iyad pandang sekejap sebelum menumpukan kepada pemanduannya .
" Kalau kau penat sangat . Kita balik je la , lain kali boleh pergi " ujarnya .
Aku membetulkan kedudukanku sambil memandangnya .
" Tak apa la . Kau ni tak payah nak mengada sangat . Pergi je la , aku okey . Cuma nak lelap mata sekejap . " ujarku sambil menutup mata .
Iyad hanya mengangguk . Lagipun perjalanan mereka memerlukan 40 minit untuk sampai ke destinasi . Maklumlah dengan kesesakan jalan raya pada hujung minggu sebegini .
"Anggun" . Kejut Iyad sambil menggoncang goncang bahu Anggun . Malangnya kejutan itu langsung tidak menarik perhatiannya .
" Anggun bangun lah dah sampai ni " kejutnya lagi .
" Hmm " kataku malas .
" Sweetheart " panggilnya lembut . Susah sangat nak bangun kan .Aku mencelikkan mata . Merinding bulu roma apabila mendengarkan panggilannya .
Iyad menyembunyikan senyum . Baru tahu nak bangun kan ?
Aku pandangnya . Kemudian sekeliling ku di pandang . Kat mana ni ?
" Kau buat apa kat depan bangunan ni ? Nak jumpa orang ke ? " soalku ingin tahu .
Soalanku tidak dijawab . Sebaliknya hanya tayang senyuman manis . Kemudian dia keluar dari perut kereta . Pintu di bahagian penumpang dibuka olehnya . Tangan dihulur . " Jom lah "
Aku teragak agak untuk menyambut hulurannya . Sudahnya sambut juga .
Langkah diatur ke arah lif . Aku hanya menurut . Punat bernombor 16 ditekan . Kami hanya diam . Selesa begitu .
Ting ! Hanya beberapa saat . Lif sudah sampai ke tingkat 16 . Sekali lagi aku hanya menjadi pak turutnya .
" Kau nak pergi rumah siapa ni Yad ? Tak bagitahu aku pun . Kawan kau yang mana pula ni ? " soalku sambil pandang sekeliling . Tempat ini bersih . Cantik sahaja tempatnya .
Rasa rasanya dia macam pernah ke sini dahulu . Kotak memori dipaksa untuk mengingatinya . Bila ya ?
1626 . Ya itu nombor rumah yang membuatkan langkahku dan Iyad terhenti sama . Aku dah malas nak bertanya . Satu soalan pun tak berjawab , benci !
YOU ARE READING
ABANG , YOU ARE MINE !
RomanceOrang kata , lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan . Sebabnya , salah seorang daripadanya akan tersuka atau suka dekat kawan dia tu . Tapi lain pula bagi Anggun Qairah dan Iyad Mujahid . Mereka berkawan semenjak sekolah rendah lagi . Sehinggal...