BAB 10

330 14 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


NOTE : Hi, berjumpa lagi kita dalam bab 10. Sebelum kalian berdating dengan MF dan Melina, izinkan hezy membebel sepatah dua kata ya. Hezy akan update sampai bab 10 sahaja buat masa sekarang. Nak siapkan mss ni tapi macam masih jauh jer lagi. huhuhu. Kalau ada rezeki, Hezy akan hantar pada publisher. sebab target words memang dah lebih daripada plan asal hezy. Ingat nak buat ebook tapi dah lebih daripada ebook. huhuhu. Bab pun semakin beranak tanpa henti ni. hehehe. Harap bersabar menunggu ya.

Terima kasih.

VOTE. COMMENT. SHARE.


Soalan: Agak-agak Megat Fitri setuju ke tak dengan CADANGAN Puan Sri Farah tu? 

Dan andai kata, kalau Megat Fitri setuju, adakah Melina akan terima pinangan tersebut?



******



PERTEMUAN yang tidak terjangka dengan Puan Sri Farah membuat Melina kekok kerana dia bukannya rapat dengan Puan Sri Farah. Kenal pun Ketika Puan Sri Farah datang ke rumahnya untuk melamar Melinda tempoh hari. Kali kedua terjumpa tanpa sengaja di pasaraya ketika dia sedang membeli barang dapur. Itupun Puan Sri Farah yang menegurnya. Dan selepas itu dia tidak lagi bertemu dengan Puan Sri Farah.

Hari ini mereka kembali bertemu dan Puan Sri Farah yang menegurnya. Malu pula Melida rasa apabila majikan yang menegurnya dulu. Dan sekarang dia sedang duduk di depan Puan Sri Farah di restoran Sri Rasa yang terletak di hotel tempat dia bekerja kerana Melina tidak mampu mengelak dan menolak ajakan Puan Sri Farah.

"Melina tak makan sekali ke?" soal Puan Sri Farah apabila Melina hanya memesan minuman sahaja.

"Saya bawa bekal. Nanti saya makan sekejap lagi," ujar Melina segan. Yalah, siapa tidak segan apabila Puan Sri dan isteri pemilik hotel ajak makan sekali. Bukan itu saja, ramai staf memandang dia dan Puan Sri Farah dengan pandangan pelik.

"Bawa bekal? Mel masak sendiri ke?" sedikit terkejut Puan Sri Farah kerana jarang para pekerjanya akan bawa bekal. Biasanya mereka akan rehat dan makan tengah hari di restoran hotel ini kerana pihak hotel menyediakan harga yang istimewa kepada staf-staf.

"Ya, Puan Sri. Saya masak sendiri." Angguk Melina

"Mesti Mel pandai memasakkan? Bertuah siapa yang dapat isteri macam Mel ni."

Pujian Puan Sri Farah terlalu tinggi untuk dia. "Saya pandai yang biasa-biasa saja Puan Sri. Tak adalah terror dalam memasak ni." Jawab Melina.

Belum sempat Puan Sri Farah membalas kata-kata Melina, mereka disapa oleh suara lelaki yang tidak asing lagi di pendengaran semua orang.

"Assalamualaikum ibu."

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now