SIDE NOTE: Hi semua. Enjoy untuk bab 20. Apa-apa pun TERIMA KASIH kerana masih sudi support saya. Vote banyak2 ya untuk next part :D
Jangan lupa,
VOTE. COMMENT. SHARE.
#####
PULANG saja dari hotel pagi itu, mereka terus bergerak pulang ke kediaman milik keluarga Megat Fitri. Melina singgah di rumahnya seketika untuk mengambil pakaiannya memandangkan dia hanya membawa sedikit sahaja pakaian sewaktu menginap di hotel. Takkan dia nak angkut bagasi banyak-banyak padahal mereka bermalam hanya satu malam saja di hotel.
"Ada lagi ke barang you, Mel?"
Soal Megat Fitri sambil memerhati sekeliling ruangan bilik Melina. Tidak seluas biliknya tetapi sangat selesa kerana kemas dan bersih. Ada katil, almari, meja solek dan juga tempat Melina menyangkut telekung solatnya. Malah masih ada ruang untuk solat di dalam bilik ini.
"Ini yang last. Awak pergilah turun bawah dulu. Sekejap lagi saya turun," ujar Melina yang masih melipat baju-bajunya di hadapan almari. Pakaian dalamnya masih belum dimasukkan ke dalam bagasi. Malu apabila Megat Fitri sejak dari tadi lagi memerhatikan gerak-gerinya.
Segan untuk mengambil pakaian dalam yang masih berada dalam laci almari. Dia berharap sangat suaminya akan keluar dari bilik ini dan turun ke bawah.
"Okey, I tunggu di bawah ya." Sudah puas memerhati bilik tidur milik Melina, Megat Fitri memilih untuk turun ke bawah. Berbual dengan adik ipar lelakinya yang berada di ruang tamu.
Melina menarik nafas lega apabila Megat Fitri sudah keluar dari bilik tidurnya. Jika tadi, terasa semput nafasnya apabila mata suaminya tajam memerhati setiap gerak-gerinya. Dan dia masih belum biasa duduk berdua-duaan dengan suaminya walaupun semalam dia sudah rasmi menjadi milik lelaki itu.
Selesai bagasi yang terakhir, Melina mula menurunkan bagasi ke tingkat bawah. Mahu atau tidak, terpaksalah dia membawa dua bagasi ke rumah keluarga suaminya memandangkan Megat Fitri awal-awal lagi sudah memberitahu yang mereka akan tinggal di sana. Megat Fitri yang melihat Melina yang terkial-kial menurunkan bagasi tersebut, bingkas bangun dan membantu isterinya.
"You tunggu di bawah. Biar I yang angkat bagasi-bagasi you." Suruh Megat Fitri sebelum naik ke bilik Melina untuk mengambil bagasi yang kedua.
Sebaik saja turun dari bawah, matanya disapa dengan pemandangan air mata Melina dan adik-adik iparnya, Melissa dan Melika. Thaqif hanya menjadi pemerhati. Wajah adik ipar lelakinya biasa-biasa saja.
"Dahlah. Jangan sedih. Kak long bukannya tak balik sini lagi. Bukannya jauh pun kak long pindah. Kita masih boleh berjumpa." Pujuk Melina. Dia turut sedih untuk meninggalkan adik-adiknya walaupun mereka sudah besar panjang dan sudah pandai menjaga diri.
"Kita orang sedih sebab lepas ni dah tak ada orang nak masak untuk kami dan tak boleh makan masakan kak long." Dengan tersedu Melika memberitahu kakak sulungnya itu.
YOU ARE READING
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSA
RomanceCopyright 2020 'Hati yang tak bersalah dilukai.' Kerana dendam, terjalin satu ikatan antara dua insan yang tiada perasaan cinta. Perkahwinan yang disangka indah itu hanya angan-angan seorang Melina. Saat mengetahui Megat Fitri mengahwininya kerana d...