BAB 3

341 23 2
                                    

NOTE: maaf

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

NOTE: maaf. Baru ada masa untuk update bab 3. Busy sangat dengan kerja yang perlu disiapkan. Selamat berdating dengan Megat Fitri semua. Hehehe. Hope you guys enjoy it.

Don't forget to VOTE. COMMENT. AND SHARE.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

MELIHAT si anak yang termenung jauh itu, Puan Sri Farah menghampiri anak lelakinya itu yang sedang duduk di gazebo. Sejak akhir-akhir ini, dia perasan yang Megat Fitri berubah menjadi pendiam selepas memutuskan hubungan percintaan dengan Melinda.

"Jauh termenung, Fit."

Teguran dari Puan Sri Farah menerbangkan lamunan Megat Fitri. Tersentak Megat Fitri kerana terkejut dengan kehadiran ibunya.

"Eh, ibu! Terkejut Fit."

"Mana tak terkejut. Jauh sangat termenungnya," ujar Puan Sri Farah. Kesian dengan anak lelakinya itu tetapi dia tidak marahkan Melinda kerana Puan Sri Farah faham yang Melinda tidak mahu terikat kerana cita-cita gadis itu tinggi.

"Teringat kenangan lalu." Beritahu Megat Fitri tanpa selindung.

Dengan Puan Sri Farah, ibunya, jarang Megat Fitri merahsiakan sesuatu. Puan Sri Farahlah tempat dia bercerita dan mengadu masalah kerana ibunya jenis terbuka dan pendengar terbaik. Juga penasihat terbaik.

"Teringatkan Melinda? Masih belum lupakan dia?"

Soalan Puan Sri Farah dibalas dengan anggukkan. Memang sukar untuk lupakan Melinda. Lima tahun mereka menyulam cinta, tidak mungkin dia akan lupakan Melinda begitu saja.

"Ibu rasa elok kalau Fit lupakan Melinda. Ramai lagi wanita lain di luar sana. Yang jauh lebih baik daripada Melinda. Lepaskan Melinda pergi. Dan jika memang Melinda jodoh Fit, dia akan kembali pada Fit suatu hari nanti."

Nasihat Puan Sri Farah panjang lebar. Hati seorang ibu risau apabila melihat perubahan Megat Fitri tetapi apakan daya, dia tidak kuasa magis untuk melenyapkan masalah yang dihadapi oleh si anak.

"Suatu hari nanti tu, bila?" soal Megat Fitri.

"Waktu akan tentukan semua ini. Jodoh akan membawa Fit pada dia dan sebaliknya. Dan jika bukan jodoh Fit dengan Melinda, ingatlah bahawa itu takdir. Qadha' dan Qadar ALLAH."

Megat Fitri hanya mampu menganggukkan kepalanya. Cuba menghadam dengan baik setiap nasihat yang dilontarkan oleh ibunya. Bukan dia tidak menerima tetapi hatinya sukar untuk melepaskan Melinda. Cintanya masih ada pada Melinda.

"Fit nak ibu carikan untuk Fit?"

Soalan Puan Sri Farah membuat Megat Fitri berpaling ke arah ibunya. Tidak terjangka yang soalan itu akan keluar dari mulut ibunya kerana selama ini ibunya tidak pernah masuk campur soal siapa yang dia pilih.

"Ibu ada calon ke?" terpacul soalan itu dari mulut Megat Fitri.

"Ada."

Anggukkan Puan Sri Farah semakin mengejutkan Megat Fitri. Siapa pula calon isterinya yang ibunya cari?

"Siapa?" kerana perasaan ingin tahu mendesak, Megat Fitri terus bertanya.

"Melina."

"What? Tak ada wanita lain ke ibu?" terkejut lagi dengan calon yang diutarakan oleh si ibu. Sejak bila pula ibunya rapat dengan Melina? Sedangkan baru pertama kali bertemu dengan kakak sulung Melinda.

"Kenapa? Ibu rasa Melina baik orangnya. Sopan-santun. Hormat orang tua. Lemah-lembut pun ya juga. Bagi ibu, Melina dan Melinda, Melina lagi cantik kerana kecantikkannya lebih asli. Natural beauty. Melina dan Melinda, sangat kontra. Dan ibu lebih sukakan Melina."

Panjang lebar Puan Sri Farah memuji Melina. Seperti sudah lama mengenali Melina.

"Semacam saja ibu puji Melina. Macam dah lama kenal." Komen Megat Fitri. Curiga pula dengan si ibu. Yalah, tiba-tiba saja bercakap tentang Melina seperti bertahun ibunya kenal dengan wanita itu.

Dia sendiri baru dua kali bertemu dengan Melina walaupun lima tahun bercinta dengan Melinda. Pertama di hotel. Wanita yang dia sangkakan Melinda itu merupakan Melina. Dan yang kedua sewaktu hendak masuk merisik Melinda.

"Ibu cakap apa berdasarkan firasat seorang ibu. Juga pandangan seorang ibu," ujar Puan Sri Farah. Baginya, tidak kira berapa lama mereka kenal tetapi cukuplah mengenali hati budi Melina.

"Entahlah ibu. Sukar untuk Fit buat keputusan. Melinda tinggalkan Fit kerana kerjaya dia. Melina kakak Melinda dan tidak mustahil yang Melina akan lakukan perkara sama seperti Melinda."

Adik-beradik. Darah yang mengalir itu sama walaupun ibunya cakap yang Melinda dan Melina sangat kontra. Tetapi untuk meninggalkan dia pergi, tidak mustahil.

"Ibu percaya yang Melina tidak akan buat semua itu." Puan Sri Farah memberi jaminan.

"Fit ragu-ragu. Dan Fit masih cintakan Melinda." Jujur Megat Fitri.

"Apa salahnya kalau Fit kahwin dengan Melina? Mungkin dengan menikahi Melina, Fit dapat lupakan Melinda. Dan Melina masih single." Cadang Puan Sri Farah pada anak bongsu lelakinya.

"Dari mana ibu tahu dia masih single?" soal Megat Fitri. Berminat pula hendak tahu akan status Melina.

"Ibu tanya dia sendiri." Beritahu Puan Sri Farah.

"Amboi ibu, advance." Perli Megat Fitri. Bukan dia tidak kenal dengan ibunya, jika inginkan sesuatu, pasti akan dapatkan.

"Jadi, macam mana? Fit setuju ke?" soal Puan Sri Farah.

"Berikan Fit masa." Putus Megat Fitri. Untuk saat ini, dia belum berniat untuk mencari pengganti Melinda walaupun hatinya kecewa dan hancur dengan tindakan Melinda.

"Baiklah. Apa-apa nanti, bagitahu saja ibu."

Akur Puan Sri Farah. Meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Sempat ditinggalkan pesanan pada anak lelakinya agar tidak berada terlalu lama di luar rumah. Cuaca malam itu sedikit sejuk.

"Jangan lama sangat berada di luar. Nanti demam."

"Baik, ibu."

Langkah ibunya dihantar dengan pandangan mata. Sebaik saja Puan Sri Farah menghilang dibalik pintu, Megat Fitri melepaskan keluhan. Mendongak ke atas, memandang bintang yang seakan segan untuk keluar malam itu.

Cadangan Puan Sri Farah berlegar dalam fikirannya.

Kahwin dengan Melina? Tetapi cintanya masih pada Melinda. Sangat sukar untuk dia lupakan wanita itu tetapi dia pernah mengugut Melinda untuk membalas dendam dan setiap kesakitan yang ditinggalkan oleh wanita itu.

Adakah ini peluangnya untuk membalas apa yang Melinda lakukan pada dia?

ps: doakan hezy semoga diberikan idea yg melimpah ruah untuk siapkan semua manuskrip yang tergendala.

Gracias.

Tulusly,
Hezy Rose .

Tulusly, Hezy Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now