BAB 39

303 30 4
                                    

NOTE: Happy reading semua. Tak ada nak bebel apa-apa. Cuma....

Jangan lupa VOTE dan komen.

30 vote for next chapter. Thank you.


*****


HAL semalam masih belum selesai. Megat Fitri kembali ke hotel dan hari ini Melina turut dipelawa untuk pergi kerja bersamanya. Terkejut dengan ajakan suaminya pada mulanya tetapi akhirnya dia akur kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kemarahan memandangkan suaminya perlu berdepan dengan pelbagai masalah di pejabat nanti.

"You masuk dalam pejabat I, Melina."

Arahan yang dikeluarkan oleh Megat Fitri tanpa memandangnya membuat Melina hairan. Dia yang berjalan di belakang lelaki itu hanya memandang belakang tubuh Megat Fitri yang melangkah menuju ke ofis dengan rasa tidak percaya.

Betul ke itu Megat Fitri?

Ketika Melina masih berkira-kira hendak mendengar arahan Megat Fitri atau tidak, suara garau suaminya yang berbaur arahan membuatkan langkah Melina terus menuju ke ofis Megat Fitri tanpa sempat dia meletakkan beg tangan di mejanya.

"You nak I dukung you masuk pejabat I ke, Melina?"

Para pekerja yang ada di situ tersenyum-senyum memandang gelagat bos mereka dengan isterinya, Melina.

"Baik, Encik Megat." Laju langkah Melina sehingga dia berdiri betul-betul di hadapan Megat Fitri.

Pintu ofis di buka dan Melina turut melangkah masuk ke dalam ofis milik Megat Fitri. Boleh dihitung hanya berapa kali dia masuk ke dalam ofis suaminya selepas dia bergelar isteri kepada Megat Fitri.

Jarang.

"Kau duduk situ. Jangan gatal kaki nak keluar dan duduk di meja kau," pesan Megat Fitri sambil jarinya menunjuk sofa untuk Melina duduk.

"Okey." Apabila bos merangkap suami sudah keluarkan arahan, terpaksalah dia akur. Lagi-lagi bos itu merangkap suaminya.

Melihat Megat Fitri yang sibuk membuat kerja tanpa menghiraukan kewujudannya, Melina bersuara. Bosan tidak melakukan apa-apa di sini memandangkan dia masih banyak kerja yang perlu disiapkan.

"Awak, saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan. Boleh ya saya kembali ke meja saya." Berhati-hati Melina meminta kebenaran. Risau dimarahi oleh sang suami kerana dia tahu mood suaminya kurang baik hari ini.

"Tak boleh. Kau duduk saja di situ. Hari ini aku bagi kau rehat." Bantah Megat Fitri. Sebenarnya dia ingin Melina sentiasa ada di depannya. Tidak mahu wanita itu pergi dari situ. Apabila Melina ada bersamanya, dia berasa tenang. Lupa akan masalah yang menimpa hotelnya ketika ini.

Pelik Melina dengan perangai suaminya ketika ini.

"Dah buang tebiat ke?" bisik Melina. Cukup untuk dirinya saja yang dengar.

"Kau mengumpat aku ke?" soal Megat Fitri saat melihat mulut Melina terkumat-kamit seperti membebel.

"Taklah. Mana ada." Balas Melina dengan mengukir senyuman manis buat sang suami.

"Yalah tu." Cebik Megat Fitri tidak percaya.

"Habis itu kerja saya macam mana. Nanti Puan bos marahkan saya kalau kerja tak siap," ujar Melina. Masih berusaha memujuk encik suami supaya melepaskan dia ke tempatnya untuk membuat kerja.

"Siapa yang berani marah kau tu? Sini aku marah dia balik." Balas Megat Fitri bersahaja dengan mata yang tidak lepas memandang sang isteri.

"Eh, awak ni. Kalau dah salah saya, takkan awak nak marah orang tu. Peliklah awak hari ini." Komen Melina. Bukan dia tidak perasan dengan perubahan suaminya pagi ini. Cuma dia buat-buat tidak nampak.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now