BAB 35

241 34 4
                                    

NOTE: Hi semua. Maaf lama menyepikan diri. Setahun lebih saya tak update cerita ni sebab sblm ni sibuk fokus pada tesis. Lepas tu bila dah mula kerja, tak sempat nak buka mss ni. Bila penat sangat, tak mampu nak fikir idea untuk sambung cerita Megat Fitri dan Melina. Maaf buat semua tertunggu. Saya rasa bab 35 ni macam panjang pula (3800 words). hahaha tapi tak mengapa, buat ubat rindu pd Megat Fitri dan Melina.

Jangan lupa VOTE dan KOMEN.

50 vote, saya belanja bab 36.

Terima kasih.


****

TAMAT saja majlis syarikat di Pulau Langkawi, Megat Fitri dan Melina mengambil penerbangan ke Bali, Indonesia untuk berbulan madu atau lebih tepat lagi bercuti. Sekadar ingin mengaburi mata Tan Sri Megat Zubir dan Puan Sri Farah. Sepanjang penerbangan, Melina memilih untuk tidur memandangkan semalam majlis makan malam tamat sedikit lewat. Pukul 1.30 pagi baru dia naik ke bilik semalam. Tubuhnya terasa letih. Awal pagi lagi mereka perlu bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke destinasi seterusnya.

Fikirkan rakan sekerja lain sedang berseronok, berjalan-jalan dan membeli-belah di Pulau Langkawi ketika ini, rasa tidak mahu ikut Megat Fitri naik kapal terbang. Dia tidak sempat nak menjelajah Pulau Langkawi memandangkan hari ini dia sudah pulang. Sementara itu yang lain masih berada di sana. Hanya dia dan Megat Fitri saja yang pulang awal. Malah ahli keluarga suaminya masih berada di sana.

Sementara itu, Megat Fitri masih fokus pada kerjanya. Walaupun bercuti, kerjanya tetap jalan memandangkan dia baru saja mendapat e-mel daripada setiausahanya yang bulan depan ada majlis pelancaran produk dan juga majlis perkahwinan anak VVIP. Jadi, dia perlu meneliti kertas kerja tersebut.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bali memakan masa selamat 3 jam lebih dan akhirnya selamat mendarat di Ngurah Rai International Airport. Bagi Melina tidaklah bosan kerana dia memilih untuk tidur dan selepas itu melayan movie yang ada dalam penerbangan tersebut. Setibanya di sana, sudah ada yang menjemput mereka. Melina hanya mengikut Megat Fitri kerana suaminya yang menguruskan semuanya. Dia hanya bawa badan dan begnya saja.

Seronok juga ya jadi orang kaya ni. Nak ke mana-mana tidak perlu fikirkan bajet apa semua. Bila fikirkan balik, beruntung juga kerana dia kahwin dengan Megat Fitri dan dapatlah merasai kehidupan orang kaya. Tetapi sakit yang dia pendam seperti tidak berbaloi kerana dia bukan wanita yang gilakan harta. Yang dia mahu hanya cinta yang tulus dari seorang lelaki.

"Kau lapar tak?" tanya Megat Fitri sebaik saja mereka berada dalam kereta yang akan membawa mereka ke Ubud.

"Masih kenyang." Jawab Melina ringkas. Dia rasa sangat teruja kerana inilah kali pertama dia sampai di sini.

"Betul ni? Kalau tak lapar, kita terus ke tempat penginapan." Sekali lagi Megat Fitri bertanya inginkan kepastian. Bukan apa, nanti cakap dia tak bagi makan pula.

"Ya, betul!" Angguk Melina. Perutnya masih kenyang kerana dia sudah makan sewaktu dalam flight tadi. Lagipun dia bukan jenis makan banyak.

"Okey."

Setibanya di hotel dan selesai menguruskan proses pendaftaran masuk, Megat Fitri dan Melina bergerak menuju ke bilik untuk berehat. Memandangkan mereka tiba di sana pada waktu petang, jadi hari ini Megat Fitri merancang untuk berehat di bilik sahaja sambil melayan pemandangan. Lagipun dia masih ada kerja yang hendak disiapkan.

Melangkah saja masuk ke dalam bilik yang ditempah oleh suaminya, Melina melorek senyuman manis kerana matanya merakam pemandangannya yang indah. Pemandangan hijau terbentang di depan matanya. Cantik dan mendamaikan.

HURT SERIES 4 : KERANA TERPAKSAWhere stories live. Discover now